Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Keselamatan Akaun] Apakah kaedah pengesahan Dua Faktor (2FA)?

Bahasa Malaysia | English

Kaedah pengesahan Dua Faktor (2FA) berfungsi sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun Shopee anda daripada tindakan yang tidak dibenarkan.

Sebagai contoh, anda mungkin diminta untuk mengesahkan identiti anda melalui kaedah pengesahan 2FA apabila melakukan tindakan penting seperti log masuk, menukar kata laluan, dan menambah maklumat akaun bank.

 

Terdapat 6 jenis kaedah pengesahan 2FA yang mungkin anda temui:

  1. 1. Pengesahan muka (IOS)
  2. 2. Kod QR
  3. 3. Puatan pengesahan
  4. 4. Kata laluan sekali (OTP)
  5. 5. Kata laluan
  6. 6. PIN ShopeePay
  7. 7. Pengesahan cap jari (OS)

Untitled design (31).png

 

⚠️ Note

Jika anda tidak dapat meneruskan disebabkan ralat sistem atau mencapai had maksimum percubaan untuk kaedah 2FA, anda boleh:

  • Cuba lagi selepas 15 minit.
  • Hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk bantuan jika anda terus menghadapi masalah.

 

1. Pengesahan Muka

Untuk berjaya mengesahkan melalui pengesahan muka, pastikan bahawa:

  • Anda berada di persekitaran yang terang (tidak terlalu gelap atau terang)
  • Anda tidak bergerak supaya kamera dapat memfokuskan muka anda dengan betul (elakkan kekaburan)
  • Anda mengeluarkan apa-apa yang menghalang muka anda (contohnya, topeng, cermin mata hitam)
  • Anda mengikuti arahan yang diberikan semasa proses pengesahan (contohnya, kelip mata, pusing kepala, angguk, buka mulut) 

 

 

⚠️ Nota

Sahkan ShopeePay anda untuk membolehkan kaedah pengesahan muka 2FA.

 

2. Kod QR

Untuk mengesahkan melalui kod QR, anda perlu mengakses pengimbas kod QR melalui halaman utama Aplikasi Shopee dan imbas kod QR yang dijana. Oleh kerana kod QR akan tamat tempoh dalam masa 10 minit selepas ia dijana, anda boleh memuat semula untuk menjana kod baharu jika perlu.

 

 

⚠️ Nota

Jika kod QR anda dijana oleh telefon, anda perlu mengimbas kod QR ini menggunakan telefon lain yang mempunyai akaun Shopee anda yang sudah di-log masuk.

 

3. Pautan Pengesahan
Untuk mengesahkan melalui pautan pengesahan, pilih pautan pengesahan yang dihantar melalui e-mel/SMS/WhatsApp ke alamat e-mel atau nombor telefon yang didaftarkan. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman di mana anda boleh meluluskan atau menolak tindakan yang mencetuskan pengesahan ini (contohnya, meluluskan/menolak percubaan log masuk dari peranti baharu).

Anda boleh menghantar semula pautan pengesahan selepas 60 saat jika anda tidak menerima pautan yang pertama.

 

4. Kata Laluan Sekali (OTP)

Untuk mengesahkan melalui OTP, masukkan kod pengesahan 6-digit yang dihantar melalui e-mel/SMS/WhatsApp ke alamat e-mel atau nombor telefon yang didaftarkan. Anda boleh menghantar semula kod baharu selepas 60 saat jika anda tidak menerima kod yang pertama. 

 

⚠️ Nota

Jangan sekali-kali berkongsi OTP anda kepada sesiapa, termasuk kakitangan Shopee.

 

5. Kata Laluan

Kata laluan akaun anda juga boleh digunakan sebagai bentuk pengesahan. Perlu diingat bahawa terdapat had bilangan pengesahan kata laluan yang boleh anda lakukan setiap hari.

 

6. PIN ShopeePay

PIN ShopeePay juga boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan. Perlu diingat bahawa dompet ShopeePay anda mungkin akan dinyahaktifkan sementara selama 30 minit jika anda memasukkan PIN yang salah terlalu banyak kali.

 

Jika anda terus memasukkan PIN yang salah, ShopeePay anda mungkin akan dibekukan. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman.

 

7. Pengesahan Cap Jari

 

Pastikan peranti anda mempunyai pengimbas cap jari dan anda telah mendaftarkan cap jari anda dalam tetapan peranti. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Tetapan, klik pada Akaun & Keselamatan dan aktifkan togol Pengesahan Cap Jari. Setelah ia diaktifkan, anda akan mendapat akses ke akaun Shopee anda, tanpa perlu memasukkan kata laluan dan meningkatkan keselamatan akaun anda. 

 

7. Fingerprint Verification (1200 x 1080 px).png

Was this article helpful?
Yes
No