Untuk melaporkan pengguna, anda boleh melakukannya melalui Chat atau halaman kedai. Anda boleh melaporkan pengguna sekiranya anda mendapati mereka terlibat dalam melakukan perkara-perkara seperti berikut:
1) Item Dilarang
Produk yang tidak dibenarkan di Shopee disebabkan oleh peraturan tempatan atau Polisi Barang Terlarang dan Terhad Shopee.
2) Penipuan
Aktiviti penipuan, seperti menerima barang yang berbeza daripada yang disenaraikan atau tawaran yang mengelirukan.
3) Palsu
Produk tidak asli dengan harga atau kualiti yang mencurigakan.
4) Mesej chat / gambar / video tidak sesuai
Mesej atau media yang mengandungi kandungan menyinggung, kasar, atau tidak sesuai, termasuk ucapan kebencian atau diskriminasi.
5) Mengarahkan pembeli untuk melakukan transaksi di luar Shopee
Menggalakkan transaksi di luar Shopee, melanggar Terma Perkhidmatan Shopee.
6) Pelanggaran privasi data
Penyalahgunaan atau perkongsian maklumat peribadi anda tanpa kebenaran.
7) Menyiarkan kandungan lucah
Memuat naik imej, video, atau penerangan lucah atau kasar yang melanggar garis panduan Shopee.
8) Gagal banyak pesanan untuk COD
*Hanya untuk penjual
9) Buat banyak pesanan palsu
*Hanya untuk penjual
10) Lain-lain
Isu atau pelanggaran yang tidak dikategorikan di bawah sebab-sebab yang disenaraikan tetapi masih melanggar polisi Shopee, termasuk penyalahgunaan ciri platform.
Contoh: Meminta pembeli membatalkan pesanan.
Nota: Segala keputusan siasatan dan tindakkan yang dilakukan adalah tertakluk kepada pertimbangan serta polisi Shopee.
Pilih ikon Chat > pilih chat yang relevan > ikon pilihan lain > Laporkan pengguna in
Melaporkan Penjual melalui Halaman Kedai
Pergi ke halaman kedai penjual > ikon pilihan lain > Laporkan pengguna ini.
*Nota: Identiti anda akan dirahsiakan sekiranya anda memilih untuk melaporkan pengguna..