Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Maklum Balas] Bagaimana Cara Melaporkan Pengguna?

Bahasa Malaysia | English

Untuk melaporkan pengguna, anda boleh melakukannya melalui Chat atau halaman kedai. Anda boleh melaporkan pengguna sekiranya anda mendapati mereka terlibat dalam melakukan perkara-perkara seperti berikut:

1) Menghantar mesej yang kasar atau menghina:
Contoh: Penjual menghantar mesej yang kasar dan menghina, meminta pembeli untuk memusnahkan barang kerana mereka tidak membayarnya / terlibat dalam perbincangan tentang topik kontroversi seperti agama atau politik.

2) Meminta pembeli membatalkan pesanan:
Contoh: Penjual menghubungi pembeli untuk membatalkan pesanan.

3) Mengarah transaksi di luar platform Shopee:
Contoh: Penjual meminta pembeli membayar melalui perbankan langsung ke akaun bank peribadi penjual.

4) Menghantar spam chat:
Contoh: Penjual berulang kali menghantar mesej kepada pembeli untuk meminta perubahan penilaian.

5) Penyenaraian produk tanpa kelulusan pemilik jenama:
Contoh: Penjual menjual produk palsu di bawah nama jenama lain tanpa kebenaran.

Nota: Segala keputusan siasatan dan tindakkan yang dilakukan adalah tertakluk kepada pertimbangan serta polisi Shopee.

Melaporkan Pengguna melalui Chat

Pilih ikon Chat > pilih chat yang relevan > ikon pilihan lain > Laporkan pengguna in

 

 
Melaporkan Penjual melalui Halaman Kedai


Pergi ke halaman kedai penjual > ikon pilihan lain > Laporkan pengguna ini.

*Nota: Identiti anda akan dirahsiakan sekiranya anda memilih untuk melaporkan pengguna..

 

Was this article helpful?
Yes
No