Untuk memastikan akaun Shopee anda selamat, pastikan nombor telefon dan alamat e-mel anda sentiasa dikemas kini. Shopee menggunakan maklumat ini untuk menghantar notifikasi penting dan mesej pengesahan.
Shopee mungkin menghantar kemas kini penting kepada anda melalui SMS atau e-mel, termasuk:
🔹 Kod Keselamatan & Pengesahan
Kata Laluan Sekali Guna (OTP), kod pengesahan, atau pautan pengesahan untuk Pengesahan Dua Faktor (2FA) apabila anda log masuk, menambah akaun bank, atau menukar kata laluan.
🔹 Makluman Percubaan Log Masuk
Notifikasi tentang sebarang percubaan log masuk yang tidak dikenali.
Mengemas kini nombor telefon dan e-mel anda membantu melindungi akaun anda daripada risiko penipuan, seperti log masuk tanpa kebenaran jika nombor telefon lama anda diberikan kepada orang lain.
Anda boleh mengemas kini nombor telefon dan e-mel dengan mudah melalui aplikasi Shopee:
1️⃣ Pergi ke tab Saya
2️⃣ Ketik ikon ⚙ (Tetapan Akaun)
3️⃣ Pilih Akaun & Keselamatan
4️⃣ Edit nombor telefon dan alamat e-mel anda
⚠️ Nota