Jika anda menerima barang palsu dari penjual di Shopee Mall, anda boleh menuntut sehingga 8 kali ganti rugi dari jumlah yang anda bayar untuk produk tersebut, mengikut terma Polisi Jaminan Wang Balik 8X Shopee Mall di sini.
Untuk membuat tuntutan, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
1. Buat permohonan pulangan di Shopee untuk pesanan anda.
2. Pilih alasan "Saya menerima produk palsu".
3. Di bahagian Penerangan Pulangan Bayaran Balik, nyatakan mengapa anda menganggap ia palsu.
Berikut adalah contoh bukti yang boleh diterima untuk diberikan bagi menyokong permohonan Pulangan Bayaran Balik atas alasan barang palsu. Pada masa yang sama, kami akan meminta bukti dari penjual untuk membuat penilaian.
| Pembeli | Penjual |
Bukti yang diperlukan
| Gambar/video yang menggambarkan tuntutan palsu melalui: · Bukti produk palsu (contohnya rakaman skrin kod QR/pendaftaran ID produk di laman web rasmi produk yang mengesahkan keaslian produk) · Perbandingan antara produk asli dan produk yang diterima · Pembungkusan produk yang diterima berbeza daripada pembungkusan produk asli (namun ia juga berkemungkinan disebabkan oleh pembungkusan baharu) | · Sijil kebenaran pengedaran atau pendaftaran jenama, dengan nama penjual/nama kedai yang jelas · Invois jualan/cukai dari pengeluar atau pengedar sah · Salinan sah cap dagangan/paten/pendaftaran jenama · Nama syarikat penjual/penerbit/pengedar muncul di laman web rasmi jenama |
4. Klik hantar.
5. Pilih kurier pilihan anda.
6. Hantar barang tersebut kembali kepada kami.
7. Pasukan Pemulangan Shopee akan menilai dan mengesahkan produk tersebut.
8. Sebaik sahaja siasatan kami menunjukkan bahawa produk tersebut memang palsu, kami akan mengkreditkan jumlah yang anda bayar untuk pesanan ke dalam Shopee Wallet anda.
9. Kami akan memulangkan 7 kali ganda lagi jumlah pesanan anda melalui Pindahan Bank manual dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh keputusan dikeluarkan.
10. Kemaskini Akaun Bank anda di Shopee untuk kami dapat melaksanakan pembayaran!
Panduan bergambar tentang cara memohon pulangan wang dikongsi melalui artikel ini "Bilakah saya boleh memohon Pulangan/Bayaran Balik dan bagaimana caranya?".
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang "Bagaimanakah cara untuk memulangkan produk Shopee Mall?".
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.