Hi, how can we help?

Orders & Shipping

Orders
Shipping Options
Shipping Programmes
Ratings & Reviews

[Shopee Mall] Apa itu Jaminan Susu Formula?

Bahasa Malaysia | English

Jaminan Susu Formula Shopee Mall hanya merangkumi produk susu formula ("Produk") yang disenaraikan di Shopee Mall Malaysia dengan meterai jaminan ("Meterai Jaminan") berikut dalam penyenaraian.

 

 

Jaminan Susu Formula Shopee Mall menyediakan:

 

1. Produk dalam penyenaraian adalah 100% asli.

  • Keaslian Produk dijamin oleh Polisi Produk 100% Asli Shopee Mall.
  • Permintaan bayaran balik yang layak boleh diajukan dengan mengikuti Polisi Pulangan dan Bayaran Balik Shopee Mall.

 

2. Produk yang disenaraikan oleh Penjual Mall mesti mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput.

  • Jika produk mempunyai kurang daripada 6 bulan sebelum tarikh luput dari tarikh penghantaran pertama produk, pembeli perlu mengemukakan permintaan bayaran balik penuh bagi produk yang dibeli mengikut Polisi Pulangan dan Bayaran Balik Shopee Mall.
  • Nota: Polisi Pulangan dan Bayaran Balik akan terbatal jika pesanan telah diselesaikan.
  • Pembeli perlu memuat naik gambar tarikh luput pada produk dalam permintaan bayaran balik yang dikemukakan dalam Aplikasi Shopee atau laman web Shopee.

 

3. Jaminan Susu Formula Shopee Mall tidak terpakai untuk:

  • Produk tanpa Meterai Jaminan; atau
  • Produk dari mana-mana Penjual Pasaran Shopee.

 

4. Shopee berhak menolak tuntutan yang tidak memenuhi syarat-syarat Jaminan Susu Formula Shopee Mall.

 

5. Jaminan Susu Formula Shopee Mall adalah tambahan kepada Polisi Pulangan dan Bayaran Balik umum yang dijelaskan dalam Terma Perkhidmatan Shopee Mall. Jika terdapat ketidakselarasan, Polisi Pulangan dan Bayaran Balik yang dijelaskan dalam Terma Perkhidmatan Shopee Mall akan mengatasi segala yang berkenaan dengan Barangan Mall.

Was this article helpful?
Yes
No