Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Ogos 2024, penerapan wajib e-Invois akan dilaksanakan.Sistem e-Invois akan memudahkan pengesahan dan penyimpanan transaksi nyata merentasi sektor Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C), dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).Sila rujuk Laman LHDN untuk maklumat lanjut.Umum1. Apakah itu e-Invois?
e-Invois adalah representasi digital bagi transaksi antara pembekal dan pembeli yang mengandungi semua medan data yang relevan yang diperlukan oleh LHDN. e-Invois akan menggantikan dokumen kertas atau elektronik seperti invois, nota kredit dan nota debit.
2. Apakah itu e-Invois yang disahkan?
e-Invois yang telah disahkan oleh LHDN. Kod QR akan dijana oleh LHDN yang boleh digunakan untuk mengesahkan status e-Invois.
3. Apakah itu persembahan visual?
Persembahan visual adalah format di mana e-Invois yang disahkan dipersembahkan kepada pembeli dan penjual (contohnya PDF).
4. Kepada siapa e-Invois akan terpakai?
e-Invois terpakai kepada semua pembayar cukai yang terlibat dalam aktiviti komersial di Malaysia, merangkumi kedua-dua individu dan perniagaan yang berdaftar.
Kewajipan dan Pengaturan e-Invois (Pembeli)
5. Siapa yang akan mengeluarkan e-Invois kepada Pembeli untuk transaksi yang dilakukan di platform Shopee?
Shopee akan memfasilitasi pengeluaran e-Invois kepada Pembeli bagi pihak Penjual untuk transaksi yang dilakukan di platform Shopee, atas permintaan Pembeli.Sila ambil perhatian bahawa pengeluaran e-Invois kepada Pembeli adalah untuk tujuan mematuhi perundangan cukai yang relevan [contohnya, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967] sahaja dan tidak mengubah sifat transaksi atau liabiliti komersial yang berkaitan dengan transaksi tersebut.Kontrak sebenar untuk jualan produk adalah antara Pembeli dan Penjual secara langsung. Shopee bukanlah pihak dalam kontrak tersebut atau mana-mana kontrak lain antara Pembeli dan Penjual dan tidak menerima sebarang tanggungjawab berkaitan dengan kontrak tersebut.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Terma Perkhidmatan Shopee di sini.6. Adakah Shopee mempunyai kewajipan untuk berkongsi dengan Penjual e-Invois/e-Invois yang disahkan/persembahan visual e-Invois yang dikeluarkan kepada Pembeli?
Tidak, Shopee hanya akan berkongsi persembahan visual e-Invois kepada Pembeli.
7. Bilakah Pembeli boleh memohon e-Invois?
Pembeli boleh meminta e-Invois selepas pesanan selesai. e-Invois akan dihantar kepada Pembeli selepas pengesahan daripada LHDN.
8. Di mana Pembeli boleh meminta e-Invois?
Setelah pesanan selesai, Pembeli boleh meminta e-Invois di halaman Butiran Pesanan. Pembeli akan diminta untuk memberikan butiran mereka, yang termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, nombor SST (jika berkenaan), mengikut keperluan LHDN.
Setelah e-Invois disahkan oleh LHDN, persembahan visual akan dikongsi kepada Pembeli melalui alamat emel yang diberikan oleh Pembeli.
9. Adakah Shopee akan menghantar e-Invois yang disatukan kepada Pembeli?
Tidak.
10. Adakah terdapat garis masa untuk Pembeli meminta e-Invois?
Pembeli mempunyai sehingga hari ke-3 bulan berikutnya dari tarikh pesanan diselesaikan untuk meminta e-Invois.
Contoh:-
Pesanan 1:
Pesanan dibayar pada 27 Ogos 2024;
Pesanan selesai pada 2 September 2024;
Pesanan 2:
Pesanan dibayar pada 20 September 2024;
Pesanan selesai pada 30 September 2024;
Kedua-dua pembeli Pesanan 1 dan Pesanan 2 mempunyai sehingga 3 Oktober 2024 untuk meminta e-Invois. Selepas tempoh tersebut Shopee tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan e-Invois kepada Pembeli dan hanya akan mengeluarkan invois biasa.