Hi, how can we help?

Shop with Shopee

Additional Service
New to Shopee
Products on Shopee
User Interaction
Checkout
Shopee Mall
Discovery

[Shopee Supermarket MY] Keahlian

Bahasa Malaysia | English

Apakah Program Keahlian Shopee Supermarket Brand?


Program Keahlian Shopee Supermarket Brand adalah program keahlian percuma yang memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan faedah eksklusif, rebat, dan ganjaran untuk membeli produk di Kedai Rasmi Shopee Supermarket.

 

Bagaimana cara mendaftar?

 

Langkah-langkah untuk mendaftar sebagai Ahli Shopee Supermarket Brand:-

1) Buka Aplikasi Shopee dan klik pada "Ikon Shopee Supermarket" (Troli Biru)

2) Klik pada "Keahlian" yang berada di bahagian bawah bar navigasi



3) Klik "Sertai" untuk mendaftar keahlian..



(Anda akan menerima 100 Mata Keahlian sebagai Bonus Pendaftaran sekali sahaja apabila kamu mendaftar sebagai ahli.)

 

Apakah faedah menyertai Keahlian Shopee Supermarket?

Sebagai ahli Shopee Supermarket, anda akan menikmati baucar keahlian eksklusif, tawaran eksklusif, mengumpul mata keahlian, menebus hadiah menarik, dan banyak lagi.

 

 

Bagaimana cara menuntut baucar keahlian eksklusif Shopee Supermarket?

Pastikan anda telah log masuk ke akaun Shopee dan menjadi Ahli Shopee Supermarket.

 

Langkah-langkah untuk menuntut Baucar Keahlian:

1) Buka Aplikasi Shopee dan klik pada "Ikon Shopee Supermarket" (Troli Biru)



2) lik pada "Keahlian" di bahagian bawah bar navigasi



3) Klik "Claim Now" di bahagian "Welcome back, Shopee Supermarket Member"



4) Skrol ke bawah dan klik "Tebus" untuk setiap baucar.

 

Baucar Penghantaran Percuma & Baucar Keahlian telah ditebus sepenuhnya?

 

Jangan risau! Baucar ini akan diperbaharui.

 

1) Baucar Penghantaran Percuma akan diperbaharui setiap hari.

2) Baucar keahlian akan diperbaharui setiap hari Sabtu.

 


Bagaimana cara mengumpul Mata Keahlian?

 

Anda boleh mengumpul mata dengan membeli sebarang produk yang layak di Shopee Supermarket. Mata akan dikreditkan apabila pesanan selesai. Walau bagaimanapun, untuk pesanan yang dikembalikan, dipulangkan atau dibatalkan tidak akan menerima Mata Keahlian. (Untuk makluman anda, ahli baharu akan menerima 100 Mata Keahlian sebagai Bonus Pendaftaran sekali sahaja apabila kamu mendaftar sebagai ahli.)

 

 

Bagaimana mengetahui Mata Keahlian anda?

 

Pastikan anda telah log masuk ke akaun Shopee dan menjadi Ahli Shopee Supermarket.

 

1) Buka Aplikasi Shopee dan klik pada "Ikon Shopee Supermarket" (Troli Biru)

 

2) Klik pada banner "Keahlian Shopee Supermarket Brand " di halaman utama Shopee Supermarket.

3) Anda boleh melihat mata ganjaran terkumpul kamu di bawah tahap keahlian anda.

Anda boleh merujuk panduan visual di atas untuk panduan yang lebih terperinci mengenai cara melihat Mata Keahlian.

 

Bagaimana cara menebus Hadiah dengan Mata Keahlian yang ada?

 

Pastikan anda telah log masuk ke akaun Shopee dan menjadi Ahli Shopee Supermarket.

 

Langkah-langkah untuk menebus Hadiah dengan Mata Keahlian terkumpul adalah seperti berikut:

1) Buka Aplikasi Shopee dan ketik pada "Ikon Shopee Supermarket" (Troli Biru)

 

2) Klik pada "Keahlian" di bawah bar navigasi

3) Skrol ke bawah

4) Klik "Lihat Semua" di sebelah kanan untuk melihat semua hadiah

Anda boleh merujuk panduan visual di atas untuk panduan yang lebih terperinci mengenai cara menebus hadiah.

 

Adakah saya perlu membeli sesuatu untuk menebus Hadiah/Ganjaran saya?

 

Hadiah percuma atau produk boleh ditebus dengan atau tanpa pembelian barang yang lain. Walau bagaimanapun, caj penghantaran standard kedai tetap dikenakan untuk pesanan yang tidak memenuhi kriteria penghantaran percuma.

 

Adakah terdapat had untuk jumlah Ganjaran yang boleh saya tebus?

 

Tidak. Sebarang Ganjaran yang telah ditebus tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan mata atau wang tunai atau produk lain.

 

Are there any limitations to the number of Rewards that i can redeem?

 

Tidak, kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada had untuk jumlah ganjaran yang boleh anda tebus selagi mempunyai mata yang mencukupi.

 

Berapa lama anda boleh menyimpan Mata Keahlian yang ada?

 

12 bulan sahaja. Mata Keahlian adalah sah selama 12 bulan dari tarikh dikeluarkan, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Shopee. Sebagai contoh, jika anda menerima 1,000 mata selepas pesanan selesai di Shopee Supermarket pada 27 Oktober 2021, mata yang diperoleh pada tarikh tersebut akan sah sehingga 27 Oktober 2022.

 

Bolehkah Mata Keahlian dipindahkan ke akaun lain?

 

Tidak. Mata Keahlian tidak boleh dipindahkan antara Pembeli Keahlian Shopee Brand, dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan peribadi sahaja.

 

Apakah tahap keahlian & pengganda mata?

 

Kami menawarkan 4 tahap keahlian: "Bronze", "Silver", "Gold" dan "Platinum". Setiap tahap mempunyai pengganda mata yang berbeza.

 

 

Langkah-langkah untuk menyemak tahap keahlian semasa kamu: :-

 

1) Buka Aplikasi Shopee dan ketik pada "Ikon Shopee Supermarket" (Troli Biru)

 

2) Klik pada "Keahlian" di bahagian bawah bar navigasi

3) Anda boleh melihat tahap keahlian di bahagian atas

 

 

Apakah yang diperlukan untuk naik ke tahap keahlian seterusnya?

 

Perbelanjaan berikut diperlukan untuk naik ke tahap keahlian seterusnya:

 

Bronze: RM0.00 Perbelanjaan

Silver: RM500 Perbelanjaan

Gold: RM1,500 Perbelanjaan

Platinum: RM3,500 Perbelanjaan

 

Bagaimana mengekalkan Status Silver atau Gold?

 

Untuk melanjutkan status keahlian semasa anda selama 12 bulan lagi, anda perlu terus membelanjakan RM1,500 dalam tempoh 12 bulan selepas mencapai status tahap dengan membeli produk hanya dari Shopee Supermarket. Contohnya, jika anda telah mencapai Status Gold pada 15 Mac 2021, jumlah perbelanjaan minimum yang perlu anda belanjakan sebelum 15 Mac 2022 adalah RM1,500 untuk mengekalkan status tahap Gold kamu. Jika anda telah memperoleh status tahap Gold sebelum ini tetapi tidak memenuhi syarat yang diperlukan untuk mengekalkannya, anda akan diturunkan ke Status Silver (atau tahap keahlian setara berdasarkan jumlah mata pada akhir tempoh tamat).

 

Adakah Status Silver atau Gold saya akan terjejas jika saya menebus semua mata keahlian saya?

 

Tidak, status keistimewaan kamu sah selama 12 bulan tanpa mengira jumlah mata yang digunakan atau masih ada dalam akaun anda dalam tempoh tersebu

Was this article helpful?
Yes
No