Bahasa Malaysia | English
Di Shopee, kami berusaha untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk pembeli. Walau bagaimanapun, anda mungkin menghadapi beberapa isu seperti pesanan anda yang masih berada di tab "Untuk Dibayar" walaupun anda sudah membuat pembayaran. Sila rujuk maklumat di bawah jika anda menghadapi masalah ini untuk kaedah pembayaran berikut:
Perbankan Dalam Talian
Berkenaan kaedah pembayaran Perbankan Dalam Talian, pesanan dan pembayaran sepatutnya diselaraskan dalam masa 5 minit selepas status pembayaran berjaya dari bank anda.
Namun, disebabkan kelewatan teknikal, ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk pembayaran diproses dan berjaya dipaparkan dalam pesanan anda. Dalam keadaan ini, kami menggalakkan anda untuk klik "Bayar Sekarang" sekali lagi di tab "Belum Bayar". Setelah pembayaran berjaya, pembayaran yang gagal/dilewatkan sebelumnya akan dibatalkan.
Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dan memberikan bukti pembayaran seperti yang ditunjukkan di bawah untuk kami menyelesaikan kes anda secepat mungkin.
Kad Kredit / Kad Debit
Kebiasaannya pembayaran Kad Kredit / Debit dikemas kini dan diselesaikan dalam masa 3 minit selepas proses semak keluar berjaya dengan menggunakan kod pengesahan OTP.
Namun, disebabkan isu teknikal, transaksi anda mungkin gagal dan muncul di tab "Belum Bayar". Dalam keadaan ini, kami menggalakkan anda untuk klik "Bayar Sekarang" sekali lagi di tab "Untuk Dibayar". Sebarang transaksi yang gagal akan dikembalikan ke kad anda dalam masa 7 - 14 hari bekerja selepas diproses oleh bank yang digunakan.
Jika status pesanan anda masih tidak dikemas kini walaupun telah mencuba semula, sila hubungi Khidmat Pelanggan dengan resit pembayaran anda untuk kami bantu anda.
ShopeePay
pembayaran ShopeePay biasanya akan diproseskan segera selepas pengesahan dilakukan.
Namun, jika transaksi anda gagal disebabkan isu teknikal, kami menasihatkan anda untuk klik "Bayar Sekarang" sekali lagi di tab "Untuk Dibayar".
Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui saluran di bawah halaman ini untuk bantuan lanjut. Jika anda masih menghadapi isu berulang dengan mana-mana kaedah pembayaran, sila lawati Panduan Penyelesaian Masalah Teknikal kami untuk maklumat lanjut.