Hi, how can we help?

[Jaminan Shopee] Bagaimana cara memeriksa tempoh baki Jaminan Shopee untuk pesanan saya?

Bahasa Malaysia | English
 
Anda boleh menyemak tempoh Jaminan Shopee untuk pesanan anda di bahagian Status Pesanan pada halaman Butiran Pesanan.
 
4099585861a5439797cd9ad7321a4b45.png
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya 
Langkah 2: Pilih Untuk Dihantar jika pesanan belum dihantar atau Untuk Diterima jika pesanan telah dihantar tetapi belum diterima.
Langkah 3: Pilih pesanan untuk memeriksa tempoh Jaminan Shopee.
Langkah 4:  Semak tarikh tamat tempoh Jaminan Shopee anda dengan klik pada Tarikh Jangkaan Penghantaran yang tertera dalam bahagian Status Pesanan

⚠️ Nota:
  • Tajuk sebenar dalam bahagian Status Pesanan mungkin berbeza mengikut status pesanan.
  • Untuk pesanan yang dibuat di bawah saluran bersepadu (Logistik Disokong Shopee), Jaminan Shopee tidak akan tamat sebelum ia dihantar. Ketahui lebih lanjut mengenai Rakan Logistik kami di sini.

Bagaimankah untuk memeriksa tempoh Jaminan Shopee jika pesanan saya telah dihantar?

 Setelah pesanan anda diterima, pergi ke halaman Butiran Pesanan. Anda akan melihat tempoh Jaminan Shopee dipaparkan di bawah bahagian yang menunjukkan berapa lama anda ada untuk membuat permintaan pemulangan atau bayaran balik. 
 
ac8286c84fea4e65b16062448314cbb3.gif

⚠️ Nota:

  • Tajuk sebenar dalam panel Jaminan Shopee mungkin berbeza berdasarkan jenis saluran penghantaran.
  • Sila ambil perhatian bahawa jumlah hari sebenar untuk Tempoh Jaminan Shopee pesanan anda adalah lima belas (15) hari dari Tarikh Pesanan Dihantar untuk kedua-dua penjual mall dan bukan mall.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied