Pesanan pembeli kadang-kadang boleh diasingkan oleh penjual atas pelbagai sebab, seperti bungkusan yang melebihi had berat bungkusan atau apabila produk dalam satu pesanan disimpan di beberapa gudang.
Jika pesanan anda diasingkan oleh penjual, anda akan dimaklumkan melalui aplikasi Shopee. Pesanan anda masih akan muncul sebagai satu di bawah Pembelian Saya, manakala kemas kini penghantaran dan butiran bungkusan yang diasingkan akan ditunjukkan pada halaman Butiran Pesanan.Setelah pesanan diasingkan, setiap bungkusan akan dihantar secara berasingan.Pembatalan untuk pesanan yang diasingkanPembatalan hanya boleh dilakukan pada peringkat pesanan. Jika anda mengemukakan permohonan pembatalan, ia akan membatalkan keseluruhan pesanan. Anda tidak boleh membuat pembatalan untuk bungkusan yang diasingkan secara individu. Pembatalan akan segera dilakukan untuk pesanan yang belum diatur untuk penghantarannya oleh penjual.Pulangan/Bayaran Balik untuk pesanan yang diasingkanJika anda membuat permintaan pulangan/bayaran balik untuk salah satu bungkusan dan ia diluluskan, anda tidak boleh membuat permintaan pulangan/bayaran balik lain untuk pesanan yang sama. Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda menunggu sehingga semua bungkusan yang terpisah telah dihantar sebelum menghantar permintaan pulangan/bayaran balik sekiranya perlu.