Hi, how can we help?

Shop with Shopee

Additional Service
New to Shopee
Products on Shopee
User Interaction
Checkout
Shopee Mall
Discovery

[Panduan Pengguna Baharu] Apa Itu Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Shopee adalah platform e-dagang yang membolehkan anda membeli-belah secara dalam talian daripada jenama yang anda kenali, sambil menemui kedai dan penjual baharu.

Temui keperluan harian di Pasaraya Shopee (Shopee Supermarket), atau layari pelbagai pilihan produk dari kategori seperti Kesihatan & Kecantikan, Elektronik, Fesyen, Rumah & Gaya Hidup, Bayi & Mainan, dan banyak lagi.

Anda juga boleh mencari promosi yang tiada henti di platform kami. Dapatkan tawaran kilat harian, main permainan untuk menang di Hadiah Shopee, atau tonton sesi Shopee Live untuk tawaran eksklusif secara langsung.

Apabila anda bersedia untuk membuat pembelian, ketahuilah bahawa platform Shopee membolehkan anda melakukannya dengan cara yang selamat dan lancar. Anda boleh melihat penilaian dan ulasan produk, membuat pembayaran tanpa risiko dengan Jaminan Shopee, dan menjejak penghantaran produk anda tanpa kesulitan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, layari artikel Pusat Bantuan kami mengenai membeli-belah di Shopee untuk memulakan. Atau, anda boleh mendapatkan gambaran ringkas dengan video Pengenalan kepada Shopee MY ini.

Adakah anda seorang penjual?

Jika anda berfikir untuk menjual di Shopee, ketahui lebih lanjut mengenai pelbagai program penjual.

Jika anda ingin belajar cara memulakan jualan di Shopee, kunjungi Pusat Pendidikan Penjual untuk memulakan perniagaan anda di platform kami.

Was this article helpful?
Yes
No