⚠️ Peringatan Penting
Apabila melaporkan kes penipuan, sila sertakan:
Maklumat ini akan membantu kami memproses laporan anda dengan lebih efektif.
Shopee tidak akan meminta maklumat peribadi anda.
Penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan Shopee dan mendakwa anda telah memenangi hadiah untuk memperdayakan anda supaya mendedahkan maklumat akaun. Jangan percayai mereka.
Jika anda menerima mesej yang mencurigakan, hubungi Shopee melalui saluran sokongan rasmi di bawah.
Buka Aplikasi Shopee
Buka aplikasi Shopee anda dan ketik ikon 'Saya' di bahagian bawah kanan.
Akses Chat bersama Shopee
Tatal ke bawah dan klik 'Chat bersama Shopee'.
Taip "Live Agent"
Di bar chat, taip "Live Agent" untuk memulakan proses.
Pilih Peranan Anda
Pilih sama ada anda seorang Pembeli, Penjual, atau Pengguna ShopeeFood.
Pilih Topik Anda
Pilih topik atau isu yang anda perlukan bantuan. Aplikasi akan menyambungkan anda dengan ejen Khidmat Pelanggan Shopee yang boleh membantu anda.
✅ Kata laluan yang kuat harus:
Mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara
Mengandungi campuran nombor, simbol (cth.: !@#$%^&*), serta huruf besar dan kecil
❌ Elakkan menggunakan:
Nama peribadi, nama pengguna, atau tarikh lahir anda
Corak mudah seperti "abcd", "0000", "qwerty", atau "147852"
⚠️ Berwaspada Terhadap Pautan Palsu & Penipuan Phishing
Penipu mungkin menghantar pautan palsu yang menyerupai laman web rasmi Shopee untuk mencuri maklumat anda.
Shopee tidak akan meminta anda memuat turun sebarang fail atau log masuk ke laman web pihak ketiga.