Hi, how can we help?

Shop with Shopee

Additional Service
New to Shopee
Products on Shopee
User Interaction
Checkout
Shopee Mall
Discovery

[Panduan Pengguna Baharu] Mengapakah saya tidak boleh mendaftar dengan nombor telefon saya?

 

Bahasa Malaysia | English

Nombor telefon anda mungkin sudah dikaitkan dengan akaun Shopee sedia ada. Nombor telefon hanya boleh didaftarkan di bawah satu akaun Shopee sahaja (sama seperti alamat emel).

 

Terdapat 2 kemungkinan mengapa nombor telefon anda mungkin sudah dikaitkan dengan akaun Shopee sedia ada:

 

1. Anda mempunyai akaun sedia ada dengan nombor telefon yang sama

Anda mungkin telah mendaftar dan mencipta akaun Shopee sebelum ini. Cuba ingat semula kata laluan dan log masuk ke akaun sedia ada. Jika anda terlupa kata laluan anda, pelajari cara untuk menetapkan semula kata laluan.

 

2.  Nombor telefon anda telah digunakan semula

Memandangkan nombor telefon kadangkala digunakan semula oleh penyedia perkhidmatan, ada kemungkinan nombor telefon anda dahulu dimiliki oleh orang lain.

Ini tidak bermakna pemilik sebelumnya mempunyai akses kepada akaun Shopee yang dikaitkan dengan nombor telefon anda, ia hanya bermakna maklumat lama masih wujud dalam sistem kami.

 

 

Semasa proses pendaftaran, anda boleh Menuntut Semula Nombor Telefon dengan mengklik [Tidak, Cipta Akaun Baharu]. Setelah itu, kod pengesahan akan dihantar ke nombor telefon anda, dan anda boleh meneruskan proses pendaftaran.

Sekiranya proses menuntut semula gagal dan aplikasi meminta anda menghubungi Khidmat Pelanggan Shopee, sila daftar dengan Shopee menggunakan alamat emel anda terlebih dahulu. Ini akan mempercepatkan proses kami untuk membantu supaya nombor telefon tersebut boleh digunakan dengan akaun anda.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bawah halaman.

Was this article helpful?
Yes
No