Hi, how can we help?

[Panduan Pengguna Baharu] Mengapakah harga produk berubah selepas saya tambah ke dalam troli?

Bahasa Malaysia | English

Harga produk yang telah ditambah ke dalam troli belian anda mungkin berubah disebabkan oleh faktor berikut:

Untuk produk tanpa variasi:

1. Kuantiti yang ditambah melebihi had pembelian untuk harga diskaun

Apabila ini berlaku, satu mesej akan ditunjukkan pada halaman produk untuk memaklumkan bahawa harga diskaun tidak dapat dinikmati jika kuantiti yang ditambah melebihi had pembelian.

 


Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh membuat pembelian dalam had kuantiti untuk menikmati harga diskaun semasa. Kemudian, beli kuantiti tambahan dalam pesanan berasingan pada harga promosi seterusnya atau harga asal.

Ketahui lebih lanjut mengenai jumlah stok yang tersedia untuk harga diskaun dan promosi peringkat lebih rendah lain.


2. Kuantiti yang ditambah melebihi stok yang tersedia untuk harga diskaun

Perkara ini boleh berlaku apabila pembeli lain membeli produk tersebut dan menyebabkan jumlah stok yang ada berkurangan. Selepas stok dikemas kini, mungkin tidak ada lagi stok yang mencukupi untuk anda membeli pada harga diskaun.

Jika produk tersebut kehabisan stok, ia akan dipindahkan ke bahagian tidak sah di bahagian bawah troli anda.


3. Kuantiti dalam troli anda diedit dan melebihi had pembelian atau stok yang ada 

Jika anda mengubah kuantiti dalam troli anda dan ia melebihi had pembelian atau stok yang ada, anda akan diberi peringatan untuk memaklumkan tentang perubahan harga akibat had pembelian yang telah dilebihi.


Untuk produk yang mempunyai variasi:


Jika anda menambah pelbagai variasi produk yang sama ke dalam troli dan menambah kuantiti mana-mana variasi, harga yang ditunjukkan mungkin berubah, bergantung kepada sama ada variasi dipilih atau tidak:

  • Apabila tidak dipilih, harga setiap variasi mungkin dikemas kini dengan harga tanpa diskaun jika jumlah kuantiti (termasuk semua variasi) melebihi had pembelian atau stok yang ada untuk harga diskaun.
  • Apabila dipilih, satu variasi akan menunjukkan harga diskaun semasa jika kuantiti berada dalam had pembelian untuk harga diskaun. Baki variasi yang tidak dipilih mungkin menunjukkan harga yang berbeza jika kuantitinya melebihi had pembelian atau stok yang ada untuk harga diskaun.

 

Was this article helpful?
Yes
No