Jika anda menerima notifikasi dalam aplikasi yang menyatakan bahawa interaksi mencurigakan/tidak biasa antara anda dan penjual telah ditemui, ini bermakna Shopee telah mengesan aktiviti penipuan yang mungkin berlaku dalam interaksi anda dengan penjual. Anda mesti berhenti daripada terlibat dalam aktiviti penipuan sebegini untuk mengelakkan penggantungan akaun.
Bekerjasama dengan penjual untuk menipu Shopee dan mendapatkan manfaat tidak adil berbanding pengguna Shopee yang lain adalah satu tindakan penipuan yang melanggar polisi Shopee, yang mungkin mengakibatkan penggantungan akaun.
Anda tidak seharusnya menghubungi dan bersekongkol dengan penjual sama ada di dalam atau di luar platform rasmi Shopee untuk mendapatkan manfaat tidak adil melalui aktiviti penipuan.
Contoh aktiviti penipuan termasuk:- Meningkatkan penilaian kedai secara tidak semula jadi
- Menyalahgunakan promosi kedai
- Menyalahgunakan promosi penghantaran
- Terlibat dalam transaksi di luar platform rasmi Shopee, termasuk transaksi luar talian
Untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang adil dan menyenangkan untuk semua pengguna Shopee, mana-mana pengguna yang didapati melanggar polisi Shopee melalui kerjasama dengan penjual akan digantung akaun mereka.