Hi, how can we help?

[Akaun Saya] Bagaimanakah cara log masuk ke akaun Shopee saya?

BM | CN | ENG
 
Anda boleh log masuk ke akaun Shopee anda menggunakan beberapa kaedah: 

1. Melalui nombor telefon/emel/nama pengguna Shopee dengan kata laluan akaun
 
40f71729962d4de49e466b8110a14b43.gif


Langkah-langkah:

  1. Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Saya.

  2. Ketik Log Masuk.

  3. Masukkan Nombor Telefon, Emel, atau Nama Pengguna Shopee anda bersama Kata Laluan.


2. Melalui PIN ShopeePay 
⚠️ Nota: PIN ShopeePay (SPP) hanya tersedia untuk pengguna yang telah mengaktifkan SPP dengan status EKYC yang normal.

70409f62cb324c20961fcda6310fcb6c.gif

Langkah-langkah:

  1. Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Saya.

  2. Ketik Log Masuk.

  3. Masukkan Nombor Telefon anda dan ketik Seterusnya.

  4. Pilih Log Masuk dengan PIN ShopeePay.

  5. Masukkan PIN ShopeePay anda.

 
3. Menggunakan Kod QR

3961b0ccd3a6496491bae8edb2ede592.gif
 

Langkah-langkah:

  1. Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Saya.

  2. Ketik Log Masuk.

  3. Pilih Log Masuk dengan Kaedah Lain.

  4. Pilih Log Masuk dengan Kod QR.

  5. Imbas Kod QR menggunakan peranti lain yang telah log masuk ke Aplikasi Shopee anda.

Untuk mengimbas Kod QR menggunakan Aplikasi Shopee:

59e683e63a104c4299cac15f96a3c059.gif

  1. Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke laman utama.

  2. Pilih Pengimbas Kod QR/Bar Kod.

  3. Imbas Kod QR.

  4. Ketik Ya, Benarkan Log Masuk.

 
4. Menggunakan Pengesahan SMS 
 
9b6aa224-937b-4ba5-baea-b211eabeb486.jpg

Langkah 1: Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Saya.
Langkah 2: Klik pada Log Masuk 
Langkah 3: Pilih Log Masuk dengan SMS
Langkah 4: Masukkan Nombor Telefon 
Langkah 5: Klik pada Seterusnya 
Langkah 6: Masukkan Kod CAPTCHA 
Langkah 7: Masukkan Kod Pengesahan 

⚠️ Nota: Jika anda telah menggunakan pengesahan SMS atau WhatsApp dalam tempoh 30 hari terakhir, pilihan log masuk melalui nombor telefon akan disembunyikan. Sila gunakan kaedah alternatif yang disenaraikan di atas. 

5. Menggunakan Akaun Google, Facebook, atau Apple 


Langkah-langkah:

  1. Pilih akaun pihak ketiga yang ingin anda gunakan (Google, Facebook, atau Apple).

  2. Ikut arahan di skrin untuk menyelesaikan proses pengesahan.

⚠️ Nota: Log masuk melalui Akaun Apple hanya tersedia untuk peranti iOS.


6. Menggunakan Kod QR di Laman Web Shopee 

Anda boleh log masuk ke akaun anda melalui Laman Web Shopee menggunakan 3 cara di atas, serta dengan mengimbas kod QR di halaman Log Masuk.

Untuk berbuat demikian:
 
4f252fd3-90a9-4f26-834a-756475ae139e.jpg
 

Langkah-langkah:

  1. Pergi ke Laman Web Shopee dan pilih Log Masuk.

  2. Pilih Log Masuk dengan Kod QR.

  3. Imbas Kod QR menggunakan Aplikasi Shopee.


Untuk mengimbas kod QR dengan Aplikasi Shopee:
 
2231650a-0769-41e5-b999-40460f0ab0e9.jpg
 
  1. Buka Aplikasi Shopee dan pergi ke laman utama.

  2. Pilih Pengimbas Kod QR/Bar Kod.

  3. Imbas Kod QR.

  4. Sahkan permintaan log masuk.


⚠️ Nota:

Was this article helpful?
Yes
No