Hi, how can we help?

[Masalah Teknikal] Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah/ralat/halaman kosong di Laman Web Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Jika anda menghadapi masalah teknikal di Laman Web Shopee, seperti masalah memuatkan halaman atau memproses pembayaran, cuba teknik penyelesaian masalah asas berikut:

1. Log keluar dan log masuk semula

Pada Laman Web Shopee, arahkan kursor ke atas nama pengguna anda > Pilih Log Keluar.

 

 

2. Semak sambungan internet anda

Jika anda menggunakan data mudah alih, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil.

Jika anda menggunakan Wi-Fi, mulakan semula modem atau router anda untuk menyegarkan sambungan internet.

 

3. Kosongkan cache pelayar (browser) anda

Pergi ke halaman tetapan pelayar anda dan kosongkan cache. Mengosongkan cache boleh meningkatkan masa pemuatan dan membaiki ralat pelayar.

4. Semak versi pelayar (browser) anda

Sesetengah ciri baharu di Laman Web Shopee mungkin tidak disokong oleh versi pelayar yang lebih lama. Anda mungkin mendapati bahawa beberapa halaman tidak akan dimuatkan atau menghadapi pepijat. Jika pelayar anda tidak dikemas kini ke versi terkini, kemas kini dan cuba akses Laman Web Shopee semula.

5. Gunakan pelayar lain atau mod inkognito

Ini boleh membantu anda menentukan sama ada masalah teknikal tersebut khusus untuk satu pelayar.

 

Jika masalah masih berterusan, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman untuk bantuan lanjut. Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin untuk menunjukkan masalah teknikal yang anda hadapi.

Was this article helpful?
Yes
No