Hi, how can we help?

[Masalah Teknikal] Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah/ralat/halaman kosong di Aplikasi Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Jika anda menghadapi masalah teknikal di Aplikasi Shopee, seperti masalah memuatkan halaman, pembayaran tidak diproses, tidak dapat menambah produk ke dalam troli, atau tidak dapat menghantar mesej melalui Shopee Chat, cuba teknik penyelesaian masalah asas berikut:

 

Menyelesaikan masalah aplikasi

  • Kurangkan bilangan item dalam Troli Membeli-belah anda.
  • Tutup dan buka semula Aplikasi Shopee (tutup paksa aplikasi jika perlu).
  • Kosongkan cache Aplikasi Shopee anda dengan pergi ke tab 'Saya' > Pilih ikon ⚙ > Pilih 'Tentang' > Kosongkan Cache.
  • Log keluar dan log masuk semula ke akaun Shopee anda.
  • Pastikan Aplikasi Shopee anda dikemas kini ke versi terkini.
  • Nyahpasang dan pasang semula Aplikasi Shopee.

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2  (2).gif  

Menyelesaikan masalah sambungan

  • Jika anda menggunakan data mudah alih, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil.
  • Jika anda menggunakan Wi-Fi, mulakan semula modem atau router anda untuk menyegarkan sambungan internet.
  • Hidupkan dan matikan Mod Pesawat telefon anda untuk menetapkan semula sambungan.

 

Menyelesaikan masalah peranti

  • Tutup semua aplikasi lain yang sedang berjalan pada peranti anda.
  • Mulakan semula peranti anda dan log masuk semula ke akaun Shopee anda selepas 1 hingga 2 jam.
  • Gunakan peranti lain.

 

Jika masalah masih berterusan, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman. Sila ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin untuk mendokumentasikan masalah teknikal yang anda hadapi.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied