Hi, how can we help?

Bagaimana untuk melaporkan tingkah laku penipuan atau rasuah oleh pekerja?

Bahasa Malaysia | English

Di Shopee, kami menghargai kepercayaan dan keselamatan anda serta menjalankan perniagaan secara sah.

 

Saluran laporan ini membolehkan anda melaporkan sebarang insiden penipuan atau tingkah laku rasuah dalam Shopee atau berkaitan dengan pekerja Shopee. Anda boleh melaporkannya dengan niat baik tanpa rasa takut akan balasan untuk penyiasatan dan tindakan yang sesuai.

 

Saluran ini diuruskan oleh Pasukan Pematuhan Dalaman. Pasukan ini yang bertanggungjawab untuk menyiasat kesalahan penipuan dan rasuah dalaman. Penilaian awal akan dijalankan setelah menerima laporan anda. Walau bagaimanapun, penyiasatan hanya akan dijalankan jika terdapat maklumat yang boleh dipercayai dan mencukupi. Anda digalakkan untuk mengenal pasti diri anda semasa membuat laporan supaya maklumat lanjut boleh diminta jika perlu.

 

Prinsip-prinsip berikut akan dipatuhi berkaitan dengan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan dengan niat baik:
 
  • Kerahsiaan: Semua laporan yang dibuat, termasuk identiti pemberi maklumat, akan dirahsiakan sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan keperluan penyiasatan.
  • Tiada Balasan: Kami mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap sebarang balasan yang diberikan oleh pihak diadu terhadap pengadu.

 

Contoh Insiden yang Boleh Dilaporkan Terhadap Pekerja:

  • Rasuah:
  • Meminta pembayaran melalui kaedah atau pilihan pembayaran yang tidak sah
  • Meminta pembayaran untuk perkhidmatan palsu
  • Meminta wang atau hadiah sebagai pertukaran untuk perkhidmatan yang dipercepat

 

  • Tingkah Laku Penipuan:
  • Bersekongkol dengan pihak ketiga untuk menerima manfaat
  • Penyelewengan aset syarikat
  • Menyalahgunakan maklumat untuk keuntungan yang tidak adil atau tidak sah

 

Perihal Laporan

Anda boleh melaporkan sebarang kebimbangan, penipuan atau rasuah yang diketahui dan/atau disyaki, melalui borang pelaporan dalam talian.

 

Pertanyaan Lain

Untuk bantuan dan pertanyaan lain, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Shopee

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied