Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans/Takaful Kereta Komprehensif - Maklumat Umum

Bahasa Malaysia | English

1. Apakah jenis insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful?

Insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful kami adalah insurans/takaful kereta komprehensif peribadi yang merangkumi perkara berikut:

(a) Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran, atau kecurian;

(b) Kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga; dan

(c) Kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga.


Sila lihat dokumen berikut untuk maklumat lanjut mengenai produk setiap penanggung insurans/pengendali takaful termasuk perlindungan dan pengecualian:

 

Ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad

(a) Allianz Comprehensive Car Insurance - Product Disclosure Sheet - English

(b) Allianz Comprehensive Car Insurance - Product Disclosure Sheet - BM

(c) Allianz Comprehensive Car Insurance - Policy Wording - English

(d) Allianz Comprehensive Car Insurance - Policy Wording - BM

 

Ditaja jamin oleh Takaful Ikhlas General Berhad 

(a) Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful - Product Disclosure Sheet - English

(b) Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful - Product Disclosure Sheet - BM
(c) Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful - Certificate Wording - English

(d) Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful - Certificate Wording - BM


Ditaja jamin oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad

(a) Zurich Z-Driver - Product Disclosure Sheet - English

(b) Zurich Z-Driver - Product Disclosure Sheet - BM

(c) Zurich Z-Driver - Policy Wording - English

(d) Zurich Z-Driver - Policy Wording - BM


Ditaja jamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad

(a) Zurich Z-Driver Takaful - Product Disclosure Sheet - English

(b) Zurich Z-Driver Takaful - Product Disclosure Sheet - BM

(c) Zurich Z-Driver Takaful - Certificate Wording - English

(d) Zurich Z-Driver Takaful - Certificate Wording - BM

 

2. Adakah pengendali insurans/takaful menyediakan Perlindungan Pihak Ketiga?

Tidak, hanya perlindungan komprehensif yang disediakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, perlindungan komprehensif turut melindungi liabiliti undang-undang terhadap pihak ketiga bagi kematian atau kecederaan badan, dan kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh atau timbul daripada penggunaan kenderaan anda.

 

3. Siapa yang boleh memohon untuk memperbaharui insurans/takaful kereta melalui platform Shopee?

Mana-mana pengguna Shopee yang mempunyai insurans/takaful kereta yang akan tamat tempoh boleh memperbaharui insurans/takaful kereta mereka dengan penanggung insurans/pengendali takaful yang berkenaan melalui platform Shopee.

 

Untuk Allianz Comprehensive Car Insurance

- Pemegang polisi mesti berumur antara 16-80 tahun.

- Pengguna boleh memperbaharui insurans kereta mereka seawal 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh dan tidak dibenarkan memperbaharui melalui platform Shopee selepas tarikh tamat tempoh.


Untuk Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful
- Pemegang polisi perlu berumur antara 16-80 tahun.
- Pengguna boleh memperbaharui insurans kereta mereka seawal 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh, dan sehingga 14 hari selepas tarikh tamat tempoh.


Untuk Zurich Z-Driver & Z-Driver Takaful

- Pemegang polisi/penyertaan mesti berumur antara 17-80 tahun.

- Pengguna boleh memperbaharui insurans/takaful kereta mereka seawal 60 hari sebelum dan sehingga 60 hari selepas tarikh tamat tempoh.

 

4. Apakah jenis kenderaan yang dilindungi di bawah Insurans/Takaful Kereta Komprehensif?

Kenderaan persendirian yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), dan digunakan dalam Malaysia sahaja dilindungi dengan syarat:

 

Untuk Allianz Comprehensive Car Insurance - kenderaan persendirian yang berusia bawah 20 tahun dari tarikh pengeluarannya.


Untuk Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful
- kenderaan persendirian yang berusia bawah 20 tahun dari tarikh pengeluarannya.

Untuk Zurich Z-Driver & Z-Driver Takaful - kenderaan persendirian yang berusia bawah 30 tahun dari tarikh pengeluarannya.

 

5. Adakah terdapat pilihan takaful kereta di platform Shopee?

Ya, terdapat dua pilihan:

  • Z-Driver Takaful oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad

  • Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful oleh Takaful Ikhlas General Berhad

 

6. Apakah tempoh liputan insurans/takaful kereta?

Tempoh liputan insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful adalah selama 12 bulan.

 

7. Apakah inisiatif Insurans Rahmah dalam Allianz Comprehensive Car Insurance?

Inisiatif Insurans Rahmah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menyediakan pelan insurans mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.


Sebagai sokongan kepada inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Malaysia memperluaskan manfaat Allianz Comprehensive Car Insurance untuk memasukkan manfaat berikut bagi pemegang polisi baru dan yang layak bermula dari 15 September 2023 sehingga diberitahu kelak:

(a) Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal sehingga RM5,000,
(b) Pendapatan Hospital sehingga RM3,000, dan
(c) Perlindungan Ihsan Banjir sehingga RM3,000.

Pemegang polisi yang memenuhi kedua-dua kriteria di bawah akan menerima manfaat tambahan sebagai sebahagian daripada Inisiatif Allianz Rahmah Insurance tanpa kos tambahan:

(a) Kapasiti enjin kereta yang diinsuranskan adalah 1500CC dan ke bawah, dan
(b) Jumlah Insurans adalah RM30,000 dan ke bawah.

Sila hubungi Allianz jika anda memerlukan maklumat lanjut.

 

Was this article helpful?
Yes
No