Bahasa Malaysia | English
1. Apakah jenis insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful?
Insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful kami adalah insurans/takaful kereta komprehensif peribadi yang merangkumi perkara berikut:
(a) Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran, atau kecurian;
(b) Kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga; dan
(c) Kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
Sila rujuk dokumen berikut untuk maklumat lanjut tentang produk setiap penanggung insurans/pengendali takaful termasuk liputan dan pengecualian:
Dijamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
(a) Allianz Comprehensive Car Insurance - Product Disclosure Sheet - English
(b) Allianz Comprehensive Car Insurance - Product Disclosure Sheet - BM
(c) Allianz Comprehensive Car Insurance - Policy Wording - English
(d) Allianz Comprehensive Car Insurance - Policy Wording - BM
Dijamin oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad
(a) Zurich Z-Driver - Product Disclosure Sheet - English
(b) Zurich Z-Driver - Product Disclosure Sheet - BM
(c) Zurich Z-Driver - Policy Wording - English
(d) Zurich Z-Driver - Policy Wording - BM
Dijamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad
(a) Zurich Z-Driver Takaful - Product Disclosure Sheet - English
(b) Zurich Z-Driver Takaful - Product Disclosure Sheet - BM
(c) Zurich Z-Driver Takaful - Certificate Wording - English
(d) Zurich Z-Driver Takaful - Certificate Wording - BM
2. Adakah insurans/pengendali takaful menyediakan Perlindungan Pihak Ketiga?
Tidak, hanya perlindungan komprehensif disediakan buat masa ini. Walau bagaimanapun, perlindungan komprehensif juga merangkumi liabiliti undang-undang kepada pihak ketiga atas kematian atau kecederaan badan dan kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh atau timbul daripada penggunaan kenderaan anda.
3. Siapa yang boleh memohon untuk memperbaharui insurans/takaful kereta melalui platform Shopee?
Mana-mana pengguna Shopee yang mempunyai insurans/takaful kereta yang akan tamat tempoh boleh memperbaharui insurans/takaful kereta mereka dengan penanggung insurans/pengendali takaful yang berkenaan melalui platform Shopee.
Untuk Allianz Comprehensive Car Insurance
- Pemegang polisi mesti berumur antara 16-80 tahun.
- Pengguna boleh memperbaharui insurans kereta mereka seawal 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh dan tidak dibenarkan memperbaharui melalui platform Shopee selepas tarikh tamat tempoh.
Untuk Zurich Z-Driver & Z-Driver Takaful
- Pemegang polisi/penyertaan mesti berumur antara 17-80 tahun.
- Pengguna boleh memperbaharui insurans/takaful kereta mereka seawal 60 hari sebelum dan sehingga 60 hari selepas tarikh tamat tempoh.
4. Apakah jenis kenderaan yang boleh dilindungi di bawah Insurans/Takaful Kereta Komprehensif ini?
Kenderaan yang digunakan secara peribadi dan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), serta digunakan di dalam Malaysia sahaja dilindungi, dengan syarat:
Allianz Comprehensive Car Insurance -Kenderaan yang digunakan secara peribadi adalah di bawah 20 tahun dari tarikh pembuatan.
Zurich Z-Driver & Z-Driver Takaful - Kenderaan yang digunakan secara peribadi adalah di bawah 30 tahun dari tarikh pembuatan.
5. Adakah penanggung insurans/pengendali takaful menyediakan produk takaful kereta?
Ya, Zurich General Takaful Malaysia Berhad kini menawarkan Z-Driver Takaful di platform Shopee..
6. Apakah tempoh liputan insurans/takaful kereta?
Tempoh liputan insurans/takaful kereta yang disediakan oleh penanggung insurans/pengendali takaful adalah selama 12 bulan.
7. Bagaimana saya memastikan pembaharuan insurans/takaful kereta saya di Shopee adalah selamat?
Sila lakukan pembayaran insurans/takaful kereta hanya dalam aplikasi Shopee.
8. Apakah inisiatif Rahmah Insurance dalam Allianz Comprehensive Car Insurance?
Inisiatif Rahmah Insurance diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menyediakan pelan insurans yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.
Bagi menyokong inisiatif Rahmah Insurance, Allianz Malaysia memperluaskan manfaat Insurans Kereta Komprehensif Allianz untuk memasukkan manfaat berikut bagi pemegang polisi baru dan layak mulai 15 September 2023 sehingga diberitahu kelak:
(a) Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal sehingga RM5,000,
(b) Pendapatan Hospital sehingga RM3,000, dan
(c) Liputan Banjir Berbelas Kasihan sehingga RM3,000.
Pemegang polisi yang memenuhi kedua-dua kriteria di bawah akan menerima manfaat tambahan sebagai sebahagian daripada Inisiatif Allianz Rahmah Insurance tanpa kos tambahan:
(a) Kapasiti enjin kereta yang diinsuranskan adalah 1500CC dan ke bawah, dan
(b) Jumlah Insurans adalah RM30,000 dan ke bawah.
Sila hubungi Allianz jika anda memerlukan maklumat lanjut.