Hi, how can we help?

[Bayaran Tunai] Apakah Bayaran Tunai di Kedai Serbaneka?

Bahasa Malaysia | English
 
Pembayaran Tunai di Kedai Serbaneka ialah ciri pembayaran yang ditawarkan oleh Shopee untuk menyediakan semua pembeli dengan pilihan pembayaran yang mudah dan selamat yang boleh didapati di seluruh Malaysia.

Anda kini boleh membuat pembayaran tunai di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan KK Mart. Dengan lebih daripada 3,500 kedai 7-Eleven dan 200 kedai KK Mart di seluruh negara, rangkaian yang luas ini memudahkan pembeli mencari kedai serbaneka dan melengkapkan pembayaran tunai.

Kaedah pembayaran baharu ini juga mudah digunakan. Setelah anda membuat pesanan di Shopee, hanya perlu pergi ke kedai 7-Eleven/KK Mart terdekat, benarkan juruwang mengimbas kod bar yang dihasilkan, dan bayar pesanan secara tunai.

Setelah pembayaran dibuat, transaksi anda akan disahkan dan status pesanan anda akan dikemas kini kepada Dibayar, dengan penjual dimaklumkan untuk menghantar item.

Lihat artikel di Pusat Bantuan kami untuk panduan bergambar terperinci bagi kaedah pembayaran ini:


Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.
Was this article helpful?
Yes
No