Jika anda tidak boleh membuat pembayaran dengan kad kredit/debit anda, ia mungkin disebabkan oleh had transaksi, ralat kad, kad yang tidak diterima, atau sekatan akibat penyalahgunaan kad. Teruskan membaca untuk mengetahui cara anda boleh menyelesaikan masalah ini.
Had Transaksi
Terdapat had transaksi maksimum untuk pembelian menggunakan kad kredit/debit. Anda boleh mencuba pilihan pembayaran alternatif seperti ShopeePay untuk menyelesaikan pesanan anda.
Ralat Kad
Kad tidak dikesan
Jika kad baru yang anda tambah tidak dikesan, tutup dan buka semula aplikasi Shopee anda. Cuba melakukan penyelesaian masalah teknikal jika ini tidak berkesan.
Pembayaran tidak lengkap
Jika proses pembayaran anda tidak lengkap, periksa dengan bank anda sama ada jumlah tersebut telah ditolak sebelum mencuba membuat pembayaran lain. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman untuk penjelasan.
Kad tidak diterima di Shopee
Kad luar negara dan kad yang dikeluarkan oleh sesetengah bank tidak diterima di Shopee. Periksa sama ada kad anda diterima di Shopee.
Sekatan akibat penyalahgunaan kad
Pembayaran kad kredit/debit tertakluk kepada polisi transaksi oleh penyedia kad. Jika kad kredit/debit anda disyaki melanggar polisi tersebut, anda tidak akan dapat membuat pembayaran dengan kad tersebut di Shopee. Cuba kad lain jika anda ada. Atau, anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee melalui saluran di bahagian bawah halaman jika anda rasa ralat tersebut bukan disebabkan oleh sebarang aktiviti mencurigakan.