Hi, how can we help?

[Online Banking] Bagaimanakah saya boleh memperbaharui akses perkhidmatan pembayaran Maybank2u yang telah tamat tempoh?

Bahasa Malaysia | English

Jika akses pembayaran anda telah tamat tempoh, anda boleh memperbaharuinya melalui Maybank2u.com.my atau melalui aplikasi Shopee. Berikut adalah langkah-langkah untuk membantu anda memperbaharui akses pembayaran anda.

Laman Web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke Maybank2u.com.my
Langkah 2: Klik pada Settings (Tetapan)
Langkah 3: Pilih Pay & Transfer (Bayar Dan Pindah)
Langkah 4: Klik pada Linked Accounts (Akaun Terpaut)
Langkah 5: Klik pada Renew (Perbaharui)
Langkah 6: Tetapkan butiran pembayaran anda dan klik butang Renew (Perbaharui) 
Langkah 7: Sahkan transaksi
 
Aplikasi Shopee
 
Langkah 1: Lancarkan aplikasi Shopee
Langkah 2: Pergi ke tab Saya
Langkah 3: Klik pada ikon tetapan ⚙️
Langkah 4: Klik pada Akaun Bank/Kad
Langkah 5: Klik pada Maybank 
Langkah 6: Masukkan Nama Pengguna Maybank anda
Langkah 7: Sahkan Gambar dan Frasa keselamatan anda
Langkah 8: Masukkan Kata Laluan anda
Langkah 9: Pilih Akaun Maybank yang ingin anda pautkan dengan Shopee
Langkah 10: Tetapkan Tempoh pautan
Langkah 11: Masukkan Had Transaksi harian sehingga RM1,000
Langkah 12: Masukkan TAC 6-digit yang dihantar ke nombor mudah alih anda
Langkah 13: Anda akan diarahkan semula ke aplikasi Shopee
Was this article helpful?
Yes
No