Hi, how can we help?

Payments

Payment options
ShopeePay
SPayLater
Shopee Coins
SLoan

[Pembayaran] Mengapakah saya tidak boleh tambah pilihan pembayaran yang saya ingin?

Bahasa Malaysia | English

Pilihan pembayaran pilihan anda, seperti kad kredit/debit atau akaun bank mungkin telah ditolak kerana:

  • Akaun/kad tidak aktif
  • Penghantaran butiran yang tidak tepat

Akaun/kad tidak aktif

Kad kredit/debit baharu perlu diaktifkan sebelum boleh digunakan manakala akaun bank baharu mungkin memerlukan sedikit masa untuk dikemaskini. Anda boleh mengesahkan dengan bank anda jika akaun/kad anda aktif.

Penghantaran butiran yang tidak tepat

Semak nombor akaun/kad dan nama akaun/kad anda semasa menambah pilihan pembayaran di aplikasi Shopee.

Format nama yang salah juga akan dianggap sebagai penghantaran butiran yang tidak tepat.

Sebagai contoh, nama penuh yang didaftarkan di bawah akaun bank/kad anda ialah Sophia Shogi Tarsier. Kesilapan kemasukan berikut akan menyebabkan penolakan:

  • Nama tidak lengkap - Sophia Tarsier
  • Kekurangan ruang - SophiaShogiTarsier
  • Kesalahan ejaan - Sohpia Sogi Trasier
  • Nama tidak sepadan - Soh Pi Shogi
  • Penggunaan nombor - Sophia Shogi Tarsier85

Jika anda masih tidak dapat menambah akaun bank atau kad anda, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.
Was this article helpful?
Yes
No