Hi, how can we help?

[ShopeePay] Maklumat asas DuitNow QR untuk pelanggan

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah DuitNow QR?

DuitNow QR adalah perkhidmatan dana segera yang mudah dan selamat yang membolehkan anda membuat pembayaran kepada peniaga. Ia juga dikenali sebagai Standard QR Kebangsaan, iaitu kod QR seragam yang menerima pembayaran daripada mana-mana aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet bank yang mengambil bahagian.

2. Siapa yang boleh menggunakan DuitNow QR?

Semua pelanggan ShopeePay baru dan sedia ada boleh membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR. Pastikan anda telah mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Shopee.

3. Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow QR?

Untuk pelanggan, tiada caj untuk sebarang transaksi DuitNow QR.

4. Di mana saya boleh menemui DuitNow QR?

DuitNow QR akan dipaparkan di kaunter pembayaran peniaga bank dan e-dompet yang mengambil bahagian.

5. Berapa lama masa yang diambil untuk pembayaran berjaya?

Pembayaran akan berjaya serta-merta selepas transaksi berjaya.

6. Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan DuitNow QR?

Tiada pendaftaran diperlukan. Anda boleh mengimbas DuitNow QR melalui ShopeePay atau mana-mana aplikasi perbankan mudah alih bank atau e-dompet yang mengambil bahagian untuk membuat pembayaran.

7. Adakah terdapat had bilangan transaksi yang boleh saya lakukan untuk DuitNow QR?

Tiada had bilangan transaksi DuitNow QR, dengan syarat jumlah transaksi adalah dalam had transaksi harian, bulanan dan tahunan dompet ShopeePay anda. Sila merujuk kepada had transaksi dompet ShopeePay anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Pembayaran juga boleh ditolak disebabkan oleh sebab-sebab berikut:

  • Baki tidak mencukupi dalam dompet ShopeePay anda
  • Sambungan internet yang lemah; atau
  • Kod DuitNow QR peniaga tidak sah
 
8. Apakah yang perlu saya lakukan jika peniaga atau saya secara tidak sengaja telah membuat transaksi DuitNow QR yang salah?

Jika anda masih berada di premis peniaga, anda boleh menyelesaikan perbezaan tersebut dengan peniaga secara langsung. Sila minta peniaga untuk membatalkan pembayaran yang salah dan kemudian anda boleh membuat pembayaran baharu.

Jika memerlukan siasatan lanjut, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui saluran di bawah halaman ini.
Was this article helpful?
Yes
No