Hi, how can we help?

[Perlindungan Produk] Bolehkah saya membatalkan Servis Perlindungan Produk saya dan mendapatkan bayaran balik?

Bahasa Malaysia | English

Ya, semua servis Perlindungan Produk disertakan dengan Tempoh Bertenang selama 30 hari.
Pengguna boleh membatalkan Perlindungan Produk secara terus dalam Aplikasi Shopee selepas bayaran dibuat dan sehingga 30 hari selepas pesanan dihantar.

⚠️Nota:
Untuk pesanan Bayar Semasa Terima (Cash on Delivery/COD), pembatalan hanya boleh dibuat selepas pesanan dihantar.

Ikuti langkah di bawah untuk membuat permintaan pembatalan:

0b7c04d39b124a28b9282f8704cc4bd9.gif

Langkah 1: Pada halaman Butiran Pesanan, klik pada Perkhidmatan Perlindungan Produk
Langkah 2: Pada halaman Butiran Program Perkhidmatan, klik Batalkan Program Perkhidmatan untuk membuat permintaan pembatalan
Langkah 3: Sahkan pembatalan
Langkah 4: Pilih sebab pembatalan
Langkah 5: Lihat status pembatalan anda di halaman ini 
 
Sekiranya Tempoh Bertenang 30 hari telah tamat dan anda ingin membatalkan Perkhidmatan Perlindungan Produk (kecuali Perlindungan Skrin Retak), sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee

⚠️ Nota:
 a. Semua permintaan pembatalan akan dihantar kepada Pembekal Perkhidmatan yang berkenaan dan tertakluk kepada kelulusan mereka.
b. Setelah diluluskan, bayaran balik akan diproses ke kaedah pembayaran asal anda dalam tempoh 14 hari bekerja, dengan syarat maklumat akaun penerima adalah betul. Sekiranya anda tidak menerima bayaran balik dalam tempoh ini, sila rujuk halaman Butiran Pembatalan Servis untuk kemas kini terkini. 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied