Hi, how can we help?

ShopeeFood & ShopeePartners

ShopeeFood Buyer
ShopeeFood Merchant
ShopeeFood Driver
ShopeePay Merchant
ShopeePartners

[ShopeePay] Maklumat asas DuitNow QR untuk peniaga

Bahasa Malaysia | English

1. Apakah DuitNow QR dan bagaimanakah ia berbeza daripada ShopeePay QR yang sedia ada?

DuitNow QR ialah kod QR standard kebangsaan yang ditubuhkan oleh PayNet. Ini bermakna peniaga hanya perlu memaparkan satu kod DuitNow QR untuk menerima pembayaran daripada e-dompet ShopeePay dan mana-mana Bank serta e-dompet yang mengambil bahagian.

2. Bagaimanakah DuitNow QR akan memberi manfaat kepada perniagaan saya?

  • Pembayaran QR membantu anda menguruskan jualan dan aktiviti kewangan dengan cekap kerana anda akan menerima laporan penyelesaian anda setiap hari.
  • Pembayaran QR memastikan hubungan antara kakitangan anda dan pelanggan anda diminimumkan, oleh itu memastikan semua orang seaman mungkin semasa pandemik ini.
  • Menerima pembayaran QR adalah mudah dan berpatutan kerana tiada kos awal atau yuran tetap. Yuran transaksi juga lebih murah daripada caj kad kredit konvensional.

3. Bagaimanakah saya boleh mula menerima pembayaran dengan DuitNow QR?

Untuk mula menerima pembayaran menggunakan kod DuitNow QR, peniaga hendaklah:

  • Memaparkan kod DuitNow QR di kaunter pembayaran mereka.
  • Pelanggan mengimbas kod DuitNow QR untuk membayar.
  • Menerima notifikasi dalam aplikasi apabila pembayaran berjaya.

4. Apakah transaksi 'on-us' dan 'off-us'?

Transaksi 'on-us' dibuat antara pelanggan ShopeePay dan peniaga yang diperoleh oleh ShopeePay.

Transaksi off-us dibuat antara:

  • Pelanggan ShopeePay dan peniaga yang diperoleh oleh bank/bukan bank lain.
  • Pelanggan bank/bukan bank lain dan peniaga yang diperoleh oleh ShopeePay.

5. Adakah akan ada caj tambahan untuk transaksi DuitNow QR?

Peniaga akan tertakluk kepada MDR yang sama. Tiada caj tambahan untuk peniaga dalam menerima pembayaran DuitNow QR.

6. Bolehkah saya mengubah suai reka bentuk DuitNow QR untuk diselaraskan dengan reka bentuk kedai saya?

Anda tidak dibenarkan mengubah atau mengubah suai kod DuitNow QR. ShopeePay berhak untuk menggantung atau menamatkan hubungan perniagaan jika peniaga melanggar atau gagal mematuhi Terma Perkhidmatan Peniaga ShopeePay.

7. Apakah yang perlu saya lakukan jika pelanggan atau saya secara tidak sengaja telah membuat transaksi DuitNow QR yang salah?

Jika pelanggan masih berada di premis anda, anda boleh menyelesaikan perbezaan tersebut dengan pelanggan secara langsung. Anda boleh membatalkan pembayaran yang salah dan meminta pelanggan membuat pembayaran baharu.

Jika memerlukan siasatan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.
Was this article helpful?
Yes
No