Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan bayaran balik anda diproses dengan berjaya ke akaun ShopeePay anda:
Pastikan ShopeePay anda diaktifkan
Bayaran balik anda hanya boleh diproses ke akaun ShopeePay yang diaktifkan. Jika anda belum mengaktifkan ShopeePay semasa permohonan diterima, anda akan menerima notifikasi untuk pengaktifan ShopeePay. Jika anda tidak mengaktifkannya dalam tempoh 3 hari, bayaran akan dikembalikan terus ke akaun bank anda dalam masa 1-3 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum).
Periksa had baki ShopeePay anda
Bayaran balik anda hanya akan berjaya jika jumlah bayaran balik dan baki semasa dalam akaun ShopeePay anda tidak melebihi had baki ShopeePay anda.
ShopeePay membenarkan anda menambah nilai baki sehingga RM2,999 untuk akaun yang belum disahkan, dan sehingga RM4,999 untuk akaun yang disahkan.
Anda boleh sama adamengesahkan ShopeePay anda untuk meningkatkan had baki atau mengeluarkan dana ke akaun bank yang dihubungkan dengan ShopeePay anda.
⚠️ Nota:
Jika anda telah mencapai had bulanan untuk dana yang masuk ke akaun ShopeePay anda, bayaran balik akan dikeluarkan kepada anda pada hari pertama bulan berikutnya.
Dalam situasi di mana ShopeePay anda tidak diaktifkan atau tiada akaun bank (selama lebih 60 hari dari tarikh penciptaan bayaran balik), Shopee mungkin memproses bayaran balik dalam bentuk pengeluaran baucar Shopee (yang bersamaan dengan jumlah bayaran balik).