Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bilakah bayaran balik akan dikreditkan ke akaun ShopeePay saya berbanding akaun bank saya?

Bahasa Malaysia | English

Semua permohonan bayaran balik dan pesanan yang dibatalkan (kecuali pesanan yang dibayar menggunakan kad kredit/debit) akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda. Jika anda telah mengaktifkan ShopeePay, bayaran balik anda akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda. Proses ini mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk jumlah bayaran balik tersebut dipaparkan dalam akaun ShopeePay anda. Anda boleh mengemas kini nombor akaun bank anda menggunakan langkah-langkah di bawah untuk mengeluarkan bayaran tersebut ke akaun bank anda.

Akaun Bank ShopeePay

Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay
Langkah 3: Klik pada Pengeluaran 
Langkah 4: Pilih Tambah Akaun Bank Baharu

Sila ambil perhatian bahawa akaun bank ShopeePay anda perlu disahkan oleh pasukan ShopeePay kami dan proses pengesahan ini akan mengambil masa sehingga 24 jam.
 
Setelah anda mengemas kini akaun bank anda, anda boleh mengeluarkan wang melalui langkah-langkah tersebut:
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay
Langkah 3: Klik pada Pengeluaran 
Langkah 4: Pilih Akaun Bank 
Langkah 5: Masuk Jumlah Pengeluaran 
Langkah 6: Klik pada Seterusnya 
 
Proses pengeluaran ini akan mengambil masa 3 hari bekerja untuk diselesaikan dan ditunjukkan dalam akaun bank anda

Jika anda tidak mengaktifkan ShopeePay dalam masa 3 hari dari tarikh bayaran balik diterima, bayaran balik akan dikreditkan ke akaun bank anda. Anda boleh mengemas kini nombor akaun bank anda menggunakan langkah-langkah di bawah.

Akaun Bank Shopee
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ikon Tetapan 
Langkah 3: Klik pada Akaun Bank / Kad
Langkah 4: Klik Tambah Akaun Bank 
 
Setelah anda mengemas kini maklumat akaun bank, jumlah bayaran balik akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 3 hari bekerja.

Di bawah ini adalah beberapa artikel berkaitan yang kami sediakan untuk anda yang mungkin berguna untuk anda:

 
⚠️ Nota:

Dalam situasi di mana ShopeePay anda tidak diaktifkan atau tiada akaun bank (lebih daripada 60 hari dari tarikh penciptaan bayaran balik), Shopee mungkin memproses bayaran balik dalam bentuk pengeluaran baucar Shopee (dengan nilai yang sama dengan jumlah bayaran balik).
Was this article helpful?
Yes
No