Hi, how can we help?

Shop with Shopee

Additional Service
New to Shopee
Products on Shopee
User Interaction
Checkout
Shopee Mall
Discovery

[Produk Digital - Bas & Shuttle] Bolehkah rakan saya membeli tiket bas bagi pihak saya?

Bahasa Malaysia | English

Ya, rakan anda boleh membeli tiket bas bagi pihak anda. Namun, sila pastikan untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Rakan anda perlu mengisi butiran anda yang betul dalam bahagian maklumat penumpang.
  • Rakan anda perlu menghantar email ringkasan pesanan bas kepada anda.
  • Anda digalakkan untuk mencetak ringkasan pesanan tersebut bagi mempercepatkan daftar masuk serta menyediakan ID anda.
  • Sila ikuti arahan dalam Ringkasan Pesanan Bas. Anda mungkin perlu memberikan Nombor Pesanan untuk daftar masuk dengan pengendali bas tertentu, atau anda mungkin perlu menunggu email seterusnya pada hari berikutnya untuk mendapatkan Nombor Tiket sebenar bagi daftar masuk dengan pengendali bas tertentu.
  • Tunjukkan ringkasan pesanan anda di kaunter untuk menerima tiket bas anda.

 

Bagaimana jika rakan anda telah mengisi butiran dirinya sendiri?

Dalam situasi ini, rakan anda perlu hadir secara fizikal pada tarikh pelepasan untuk mengutip tiket bagi pihak anda.

Was this article helpful?
Yes
No