Hi, how can we help?

[SPayLater] Bolehkah saya mohon untuk meningkatkan had SPayLater saya?

Pengguna yang layak kini boleh memohon untuk menaikkan had SPayLater dengan menghantar dokumen pendapatan anda.Ciri ini sedang dilaksanakan secara berperingkat kepada pengguna terpilih dan akan tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.

 

Ikuti langkah di bawah untuk menaikkan had SPayLater anda:

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik SPayLater 
Langkah 2: Klik Naikkan Had Sekarang
Langkah 3: Muat naik sekurang-kurangnya 2 jenis dokumen yang diperlukan dan klik Hantar
Langkah 4: Tunggu keputusan permohonan 

998d21cd2c8f43fd9583016015e7bdd2.gif

 

Pengguna Bekerja – Sila hantar 2 daripada 4 dokumen berikut 

Jenis Dokumen

Bilangan Fail Diperlukan

Nota

Penyata Bank

3

· 3 bulan terkini penyata bank berturut-turut yang menunjukkan rekod kemasukan gaji

· Maks. 20MB setiap fail

· Hantar 1 bulan penyata bank bagi setiap fail, jumlah 3 fail

Slip Gaji

3

· 3 bulan terkini slip gaji berturut-turut

· Maks. 20MB setiap fail

· Hantar 1 bulan slip gaji bagi setiap fail, jumlah 3 fail

Penyata KWSP

1

· Penyata KWSP terkini dengan sekurang-kurangnya 3 bulan caruman

· Maks. 20MB setiap fail

· Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut cara memuat turun penyata KWSP anda

Borang Pengisytiharan Cukai

1

· Borang Pengisytiharan Cukai terkini

· Maks. 20MB setiap fail

· Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut cara memuat turun Borang Pengisytiharan Cukai

Pengguna Bekerja Sendiri – Sila hantar semua 3 dokumen berikut 

Jenis Dokumen

Bilangan Fail Diperlukan

Nota

Sijil Pendaftaran Perniagaan 

1

· Sijil SSM


· Maks. 20MB setiap fail

 

Penyata Bank / E-dompet

3

· Latest 3 consecutive months’ bank / e-wallet statement

 

· Max. 20MB per file

 

· Submit 1 month of bank statement per file, total of 3 files

Borang Pengisytiharan Cukai

1

· Borang Pengisytiharan Cukai terkini

· Maks. 20MB setiap fail


· Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut cara memuat turun Borang Pengisytiharan Cukai


Sila pastikan dokumen yang dimuat naik lengkap dan jelas bagi meningkatkan peluang kelulusan permohonan kenaikan had. Had yang diluluskan untuk setiap pengguna mungkin berbeza dan akan ditentukan mengikut budi bicara kami. Akaun SPayLater juga akan disemak secara berkala, dan had akan dilaraskan (sama ada dinaikkan atau diturunkan) berdasarkan pelbagai faktor.


Kami turut menggunakan model alternatif untuk menilai profil anda, termasuk transaksi, sejarah pembayaran balik dan maklumat kredit lain bagi menentukan had SPayLater anda. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap ketelusan, data peribadi anda hanya akan digunakan dengan persetujuan anda. Sila rujuk Terma Perkhidmatan di sini dan Dasar Privasi di sini untuk maklumat lanjut. 

Jika anda belum layak untuk ciri ini, okuti tips ini untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan had SPayLater yang lebih tinggi: 

  • Kerap gunakan SPayLater untuk transaksi di aplikasi Shopee.

  • Pastikan anda membayar bil SPayLater tepat pada masanya, sebelum tarikh akhir.

  • Patuhi terma dan syarat SPayLater, dengan membuat pembelian hanya di pedagang yang sah.

 
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied