Hi, how can we help?

[SPayLater] Bagaimanakah proses pemulangan wang jika saya menggunakan SPayLater?

Bahasa Malaysia | English

Jika anda membuat permohonan pulangan/bayaran balik untuk pesanan yang dibayar menggunakan SPayLater, pemulangan wang anda akan diproses setelah permohonan anda disemak dan diluluskan oleh penjual atau pasukan Shopee. Setelah pemulangan wang berjaya diproses, had kredit anda akan dipulihkan dalam tempoh 24 jam. Permohonan pulangan/bayaran balik perlu dibuat dalam masa 3 hari bekerja selepas pesanan dihantar.

Untuk pesanan dari satu penjual sahaja:

Jika anda meminta pemulangan wang sebahagian untuk pesanan yang dibayar menggunakan SPayLater, anda boleh memilih produk yang memerlukan pemulangan wang. Contohnya, jika anda telah membeli Produk A, Produk B dan Produk C dari Penjual X dalam satu pesanan, anda boleh memilih produk yang ingin dipulangkan.

Untuk pesanan dengan produk dari lebih daripada satu penjual:

Jika anda meminta pemulangan wang sebahagian untuk pesanan daripada penjual tertentu yang dibayar menggunakan SPayLater, anda boleh memilih pesanan yang memerlukan pemulangan wang. Contohnya, jika anda membeli Produk A dan Produk B dari Penjual X serta Produk C dari Penjual Y dalam satu pesanan, anda boleh memilih produk dari penjual yang memerlukan pemulangan wang.

Cara melihat sejarah transaksi SPayLater

Anda boleh melihat sejarah transaksi dengan mengikuti langkah berikut:


90f1132dba0a420882a18d8235eb1999.gif
 
Akses SPayLater melalui aplikasi Shopee atau ShopeePay.

Langkah 1: Pergi ke laman utama SPayLater
Langkah 2: Klik pada Transaksi
Langkah 3: Pilih transaksi individu untuk Lihat Butiran
Langkah 4: Lihat Butiran Transaksi
 
SPayLater adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied