Hi, how can we help?

[Produk Digital - Zakat] Bolehkah saya membayar Zakat di Shopee jika saya belum mendaftar di bawah Institusi Zakat?

 

Bahasa Malaysia | English 


Ya, anda masih boleh membayar Zakat melalui Shopee walaupun anda belum mendaftar dengan Institusi Zakat. Selepas membuat sumbangan Zakat di Shopee, anda boleh mendaftar akaun di portal Zakat yang berkaitan.


Jika anda menghadapi sebarang masalah pendaftaran akaun, sila hubungi Institusi Zakat untuk mendapatkan bantuan segera.

Bagaimana saya mengetahui jumlah sumbangan Zakat saya setakat ini?

Bergantung kepada Institusi Zakat yang telah anda pilih, sila daftar akaun individu atau log masuk ke akaun sedia ada di portal Institusi Zakat tersebut untuk memantau jumlah sumbangan anda.

Sila rujuk maklumat di bawah:

Pusat Pungutan Zakat MAIWP(PPZ)

1. Email: e-wallet@zakat.com.my
2. PPZ portal: https://www.zakat2u.com.my/login 

 

Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

 

1. Emel: korporat@maimp.gov.my

2. Portal MAIPk: https://ezakat.maiamp.gov.my/resit/index.php

 

Zakat Sabah (MUIS) 

 

1. Emel: zakat@sabah.gov.my, zakatsabah@yahoo.com
2. Portal MUIS: https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php

 

Zakat Pulau Pinang (ZPP)

 

1 .Emel: admin@zakatpenang.com

2. Portal ZPP: https://zakatpenang2u.com/

 

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)

 

1. Emel: info@zakatpahang.my, kzb@zakatpahang.my
2. Portal PKZP: https://www.zakatpahang.my/bayar-zakat/zakat-online

 

Bolehkah bayaran sumbangan Zakat dikembalikan?

 

Semua sumbangan Zakat adalah tidak boleh dikembalikan di Shopee. Sila semak butiran Zakat anda, termasuk Institusi Zakat yang dipilih, jumlah Zakat, dan nombor NRIC sebelum membuat pembayaran untuk memastikan pembayaran dikemaskini dengan betul.

Terma dan Syarat Pembayaran Zakat:

 

  1. Perkhidmatan Zakat di Aplikasi Shopee adalah disediakan dengan kerjasama Institusi Zakat yang berkenaan di Malaysia.
  2. Semua pembayaran Zakat akan diproses mengikut Institusi Zakat dan Jenis Zakat yang anda pilih.
  3. Anda bertanggungjawab memastikan maklumat peribadi yang disediakan semasa proses pembayaran adalah tepat. Anda mengakui dan bersetuju bahawa maklumat peribadi anda akan dikongsi dengan Institusi Zakat yang dipilih sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Pembayaran Zakat, termasuk untuk tujuan mengeluarkan resit rasmi kepada anda, jika berkenaan.
  4. Pengesahan pembayaran Zakat di Shopee bukanlah resit rasmi atau resit pelepasan cukai daripada Institusi Zakat. Institusi Zakat yang berkenaan akan mengeluarkan resit tersebut kepada anda, atau anda boleh mengambilnya daripada portal Institusi Zakat yang berkaitan, bergantung kepada dasar mereka. Sila hubungi Institusi Zakat yang berkenaan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
  5. Setelah pembayaran Zakat dibuat, tiada bayaran balik akan diberikan oleh Shopee.
  6. Anda tidak akan memperoleh Shopee Coins untuk pembayaran Zakat, dan baucar tidak boleh digunakan untuk menolak jumlah pembayaran Zakat.
  7. Shopee berhak untuk mengubah, memadam, atau menambah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak Shopee tanpa notis terlebih dahulu.
Was this article helpful?
Yes
No