Hi, how can we help?

[SPayLater] Adakah SPayLater patuh Syariah?

Bahasa Malaysia | English

Ya, SPayLater (termasuk pilihan pembayaran 1 Bulan dan ansuran) telah diperakui sebagai Patuh Syariah oleh Amanie Advisors (“Amanie”), sebuah firma penasihat Syariah global dan syarikat penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sila rujuk Surat Pengesahan SPayLater daripada Amanie melalui pautan ini.

SPayLater adalah selaras dengan kebenaran Syariah dalam Bay’ Muˋajjal (jualan secara bayaran tertangguh), di mana kontrak melibatkan penjualan barangan secara bayaran tertangguh, di bawahnya penjual menjual barangan tertentu (yang dibenarkan mengikut Syariah) kepada pembeli pada harga tetap yang dipersetujui, yang dibayar pada tarikh tetap di masa hadapan secara sekaligus atau dalam tempoh yang ditetapkan melalui ansuran.
 

Kadar Keuntungan

Merujuk kepada kadar caj yang dikenakan bagi penyediaan perkhidmatan SPayLater (sebelum ini dirujuk sebagai "Yuran Pemprosesan"), seperti yang diperincikan dalam Terma Perkhidmatan kami.

Caj Lewat

Digunakan untuk menampung kos yang timbul akibat kegagalan pengguna dalam membuat pembayaran. Sebarang kutipan yang melebihi kos sebenar dianggap sebagai Gharamah (denda) dan akan disalurkan kepada badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah kami.

 
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied