ShopeePay adalah simpanan sementara dana dalam Shopee di mana anda boleh menggunakan dana tersebut untuk membuat pesanan baru atau mengeluarkannya ke akaun bank berdaftar anda.
Sekiranya anda ingin mengeluarkan baki ShopeePay, pastikan anda telah mengemas kini akaun bank anda di ShopeePay dengan butiran yang betul. Semua pengeluaran yang berjaya akan mengambil masa 1 - 3 hari bekerja untuk diproses ke dalam akaun bank berdaftar anda. Anda boleh merujuk artikel Pusat Bantuan kami - Bagaimanakah saya tambah akaun bank di ShopeePay? untuk maklumat lanjut mengenai cara menambah akaun bank ke ShopeePay.
Setelah jumlah dikreditkan ke akaun bank anda, status pengeluaran akan bertukar kepada 'Berjaya' seperti yang ditunjukkan dalam lampiran di bawah:
Jika anda tidak menerima jumlah tersebut dalam tempoh yang diberikan, sila hubungi ejen Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan lanjut.