Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[SPayLater] Apakah caj lewat SPayLater?

Bahasa Malaysia | English 
 
Jika pembayaran untuk SPayLater anda tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, caj lewat akan dikenakan, yang boleh mengakibatkan penggantungan kedua-dua akaun SPayLater dan Shopee anda. Caj lewat adalah jumlah prinsipal bil atau RM10, mana-mana yang lebih rendah.

Selaras dengan prinsip Syariah, sebarang caj yang melebihi kos sebenar yang ditanggung akan disalurkan sebagai sumbangan kepada organisasi amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah.

Anda wajib menyelesaikan jumlah pembayaran penuh yang dinyatakan dalam bil bulanan SPayLater anda melalui salah satu pilihan berikut:
 

Pilihan 

Tempoh Pembayaran

Pilihan 1

Tarikh Bil: 1hb setiap bulan

Tarikh Akhir: 10hb setiap bulan

Pilihan 2 (Baru)

Tarikh Bil: 11hb setiap bulan

Tarikh Akhir: 20hb setiap bulan

Pilihan 3

Tarikh Bil: 21hb setiap bulan

Tarikh Akhir: 1hb setiap bulan

Pilihan 4

Tarikh Bil: 25hb setiap bulan
Tarikh Akhir: 5hb setiap bulan

 

Di bawah adalah contoh tempoh pembayaran bulanan:

 

4e0fcfa8fc7c4723b7ac8ffed2fbab2e.png

 

680b81b40dbe468a88fb35f5c199309c.png

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengakses maklumat tambahan dengan mengklik DI SINI

 

SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).

Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati