Hi, how can we help?

[SLoan] Apakah yang berlaku jika saya tidak dapat membuat pembayaran?

Bahasa Malaysia | English 

Penalti pembayaran lewat sebanyak 8% setahun akan dikenakan setiap hari bermula dari tarikh gagal bayar sehingga jumlah tersebut dilunaskan.

Penalti akan dikenakan apabila terdapat tunggakan bermula dari 00:01 hari selepas tarikh akhir pembayaran. Contoh: Tarikh akhir pembayaran adalah pada 1 Okt. Penalti pembayaran lewat akan dikenakan jika terdapat tunggakan pada 00:01, 2 Okt.

Contoh pengiraan penalti pembayaran lewat:

Jumlah pembayaran sebenar: RM3,000
Tempoh tertunggak: 10 hari
Jumlah penalti pembayaran lewat: RM3,000 x 8% x (10 hari/365) = RM6.58
Jumlah pembayaran: RM3,000 + RM6.58 = RM3,006.58

Fungsi pengeluaran akan dibekukan jika terdapat tunggakan sehingga ansuran dilangsaikan sepenuhnya. Anda boleh membayar ansuran melalui pilihan pembayaran berikut:

(a) ShopeePay; atau
(b) Perbankan Dalam Talian

SLoan adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd. 
Was this article helpful?
Yes
No