Hi, how can we help?

[SLoan] Apakah yuran berkaitan dengan SLoan?

Bahasa Malaysia | English 

Yuran berkaitan dengan SLoan adalah seperti berikut:
 

Jenis Yuran

Jumlah

Bilakah yuran dikenakan?

Kos Setem

Seperti yang dinyatakan dalam Akta Setem 1949 (Disemak 1989):

Mulai Januari 2025, duti setem adalah 0.5% daripada jumlah pinjaman (dibundarkan ke seribu terdekat) ATAU minimum RM10, bergantung kepada mana yang lebih tinggi.

Ilustrasi adalah seperti berikut:

  • Jika jumlah pinjaman adalah antara RM500–1,000, duti setem ialah RM10.
  • Jika jumlah pinjaman adalah antara RM1,001–2,000, duti setem ialah RM2,000 x 0.5% = RM10.
  • Jika jumlah pinjaman adalah antara RM2,001–3,000, kos setem ialah RM3,000 x 0.5% = RM15.

Yuran ini akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah yang dikeluarkan.

Yuran Pengesahan

RM5 setiap pengeluaran pinjaman

Yuran ini akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah yang dikeluarkan.

Kadar Faedah

1.5% sebulan atau 18% setahun daripada jumlah pinjaman

Yuran ini dikenakan semasa pembayaran balik.

Penalti Pembayaran Lewat

8% setahun ke atas ansuran bulanan tertunggak, dikenakan setiap hari

Yuran ini dikenakan semasa pembayaran balik jika terdapat pembayaran lewat.



SLoan adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd. 
Was this article helpful?
Yes
No