Bahasa Malaysia | English
Apa itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah sumbangan amal wajib bagi semua individu Muslim yang memenuhi kriteria tertentu dan mesti dibayar pada bulan Ramadan sehingga 1 Syawal, sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
Siapa yang perlu membayar Zakat Fitrah?
Orang Islam yang wajib membayar Zakat Fitrah untuk diri mereka dan keluarga atau tanggungan mereka termasuk:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk DI SINI.
Institusi Zakat mana yang bekerjasama dengan Shopee?
Shopee telah bekerjasama dengan beberapa Institusi Zakat tempatan, termasuk:
Adakah pembayaran Zakat Fitrah melalui Shopee sah?
Shopee telah dilantik oleh Institusi Zakat masing-masing sebagai saluran pembayaran Zakat yang sah.
Nota: Kenyataan ini telah disahkan oleh penasihat Syariah yang berkelayakan dan diiktiraf.
Adakah resit akan diberikan selepas sumbangan Zakat Fitrah dibuat melalui aplikasi Shopee?
Anda akan menerima pengesahan pembayaran dalam aplikasi pada halaman Butiran Pesanan Zakat Fitrah selepas pembayaran berjaya.
Namun, untuk pertanyaan mengenai resit rasmi dengan pengecualian cukai, anda disarankan untuk menghubungi Institusi Zakat yang berkaitan melalui cara berikut:
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ)
Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)
Zakat Sabah (MUIS)
Zakat Pulau Pinang (ZPP)