Bahasa Malaysia | EnglishDisebabkan keperluan keselamatan, penggunaan ciri ShopeePay tidak disokong pada mana-mana peranti yang diubah suai secara haram seperti peranti jailbreak/rooted atau mana-mana peranti yang telah diubah dalam apa jua cara.Untuk makluman anda, peranti jailbreak/rooted bermaksud peranti tersebut telah diubah suai untuk membuang semua sekatan pengeluar atau penyedia perkhidmatan. Ini membolehkan pemasangan aplikasi, tema dan sambungan yang tidak disokong oleh Android atau Apple, yang mungkin menyebabkan pelanggaran keselamatan dan membawa kepada penggodaman yang boleh menyebabkan kerugian kewangan.Jika anda memiliki peranti sedemikian dan ingin menggunakan ShopeePay, kami mencadangkan anda mendapatkan peranti lain untuk tujuan ini. Harap maklum bahawa anda boleh mengakses akaun anda melalui peranti lain sekiranya nama pengguna dan kata laluan anda betul.Sekiranya anda menerima bayaran balik tetapi tidak mengaktifkan atau mendaftar dengan ShopeePay sebelum ini, anda akan diminta untuk mengemas kini nombor akaun bank anda dalam Aplikasi Shopee supaya bayaran balik dapat diproses terus ke dalam akaun tersebut.
Anda boleh mengikuti panduan di bawah untuk mengemas kini akaun bank anda bagi proses tersebut:
Langkah 1: Go to the Me tab
Langkah 2: Klik pada ikon Tetapan ⚙️
Langkah 3: Pilih Akaun Bank / Kad
Langkah 4: Kemas kini Akaun Bank [Default] atau Tambah Akaun Bank Baharu
Harap maklum bahawa ShopeePay mungkin tidak disokong pada sistem operasi versi rendah.
Ada soalan lagi? Hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini dan kami sedia membantu anda!