Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans/Takaful Kereta Komprehensif - Pembelian dan Sebut Harga

Bahasa Malaysia | English

 

1. Bagaimana cara saya membeli/melanggani Insurans/Takaful Kereta Komprehensif di Shopee?



Langkah 1:  Pergi ke halaman Saya dalam aplikasi Shopee

Langkah 2: Klik pada tab Insurans

Langkah 3: Ketik ikon Insurans Kereta atau tab Insurans Kereta Komprehensif

Langkah 4: Isikan maklumat yang diperlukan dan ketik Dapatkan Sebut Harga

Langkah 5: Sebut harga akan dijana. Pilih Beli Sekarang untuk sebut harga pilihan anda
Langkah 6: Anda boleh melihat maklumat perlindungan (View Coverage Info) di halaman ini
Langkah 7: Anda boleh sunting jumlah diinsuranskan (Edit Sum Insured) di halaman ini
Langkah 8: Isikan maklumat peribadi dan alamat, kemudian ketik Sahkan dan Semak Keluar
Langkah 9: Ketik pada anak panah di sebelah jumlah Premium/Sumbangan
Langkah 10: Sahkan perincian pecahan jumlah Premium/Sumbangan
Langkah 11: Klik pada pilihan Pembayaran/Sumbangan untuk memilih kaedah yang diinginkan
Langkah 12: Pilih kaedah Pembayaran/Sumbangan pilihan anda dan ketik Bayar Sekarang/Sumbang Sekarang

Kaedah pembayaran yang tersedia adalah:
(a) ShopeePay;
(b) SPayLater;
(c) Kad Kredit/Debit; atau
(d) Perbankan Atas Talian.
Langkah 13: Setelah pembayaran berjaya, pilih Polisi Saya untuk melihat status dan butiran polisi/sijil anda. E-polisi/e-sijil akan dihantar ke alamat e-mel pembeli/penyertaan dalam tempoh 24 jam.

 

2. Untuk apa data peribadi saya digunakan?
Data peribadi anda akan didedahkan kepada pengendali insurans/takaful untuk memproses e-polisi/e-sijil berdasarkan maklumat yang diberikan.

3. Bolehkah saya menambah add-ons kepada polisi/sijil insurans/takaful kereta saya?

Ya, anda boleh memilih tambahan berikut bergantung kepada pengendali insurans/takaful:

 

  • Allianz Insurans Kereta Komprehensif: Pembaharuan Cukai Jalan, Cermin Kereta, Tingkap dan Sunroof, Bencana Alam, Pemandu Tanpa Had, Motor Enhanced Road Warrior (Bukan Tarif), Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang, Liabiliti Undang-Undang Penumpang untuk Tindakan Cuai, Kecurian/Pecah Kereta (Bukan Tarif), E-Hailing
  • Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful: Pembaharuan Cukai Jalan, Cermin Kereta, Tingkap dan Sunroof, Bencana Alam, Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang, Liabiliti Undang-Undang Penumpang untuk Tindakan Cuai, Mogok, Rusuhan & Kekacauan Awam, Pampasan untuk Masa Pembaikan Dinilai
  • Zurich Z-Driver: Pembaharuan Cukai Jalan, Pemandu Tanpa Had, Cermin Kereta, Tingkap dan Sunroof, Bencana Alam, Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang, Liabiliti Undang-Undang Penumpang untuk Tindakan Cuai, Kemalangan Peribadi Asas (Bukan Tarif), E-Hailing
  • Zurich Z-Driver Takaful: Pembaharuan Cukai Jalan, Pemandu Tanpa Had, Cermin Kereta, Tingkap dan Sunroof, Bencana Alam, Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang, Liabiliti Undang-Undang Penumpang untuk Tindakan Cuai, Kemalangan Peribadi Asas (Bukan Tarif), E-Hailing

 

4. Bagaimana saya boleh menambah pilihan tambahan selepas membeli insurans/takaful di Shopee?
Anda boleh menghubungi  talian khidmat pelanggan pengendali insurans/takaful untuk menambah pilihan tambahan selepas pembelian.


5.  Bolehkah saya membeli/menyertai insurans/takaful kereta dan cukai jalan untuk lebih daripada satu kenderaan?
Ya, selagi nombor kereta, NRIC, dan poskod sepadan dengan butiran pemilik kereta, anda boleh menjana sebut harga di platform Shopee. 

 

6.  Ke mana polisi/sijil e akan dihantar jika saya membeli lebih daripada satu polisi/sijil insurans/takaful kereta?
Polisi/sijil e akan dihantar ke alamat emel pembeli/penyertaan melainkan emel lain diberikan di halaman Sahkan Maklumat Peribadi. 

 

7.  Kenapa saya tidak dapat menjana sebut harga secara dalam talian?
 Ini mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut: 

  • NRIC/ID anda tidak sepadan dengan maklumat kenderaan.
  • Model kenderaan anda tidak dilindungi oleh pengendali insurans/takaful.
  • Tarikh pembaharuan tidak dalam tempoh kelayakan.
  • Polisi/sijil semasa anda telah tamat tempoh atau telah diperbaharui.
  • Terdapat tuntutan aktif yang menjejaskan permohonan anda.

Sila rujuk di sini untuk menghubungi pengendali insurans/takaful bagi bantuan pembaharuan insurans/takaful kereta anda.

 

8.  Apakah yang dimaksudkan dengan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?
Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount - NCD) adalah bentuk diskaun premium/sumbangan yang diberikan kerana tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil insurans/takaful sebelumnya (dengan syarat tempoh perlindungan melebihi satu tahun).

NCD yang layak akan meningkat dengan setiap pembaharuan jika anda kekal tanpa tuntutan sepanjang tempoh tersebut.

 

9.  Apakah peratusan NCD?
Untuk kereta persendirian, skala NCD adalah:

  • 1 tahun tanpa tuntutan: 25%
  • 2 tahun tanpa tuntutan: 30%
  • 3 tahun tanpa tuntutan: 38.33%
  • 4 tahun tanpa tuntutan: 45%
  • 5 tahun atau lebih tanpa tuntutan: 55%

 

 

10.  Mengapa NCD yang disebut berbeza dengan rekod saya?
Jika tuntutan dibuat, NCD yang terkumpul mungkin turun ke sifar pada pembaharuan seterusnya. NCD kekal tidak terjejas jika:

  1. Anda tidak bersalah.
  2. Kenderaan yang bersalah dapat dikenal pasti dan tidak digunakan untuk sewa atau ganjaran.
  3. Kenderaan tersebut diinsuranskan/diliputi oleh pengendali insurans/takaful berlesen di Malaysia (bagi Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful, kenderaan tersebut perlu dilindungi oleh pengendali takaful berlesen di Malaysia)..
  4. Tiada tuntutan kematian atau kecederaan peribadi terlibat.

 

 

Jika terdapat percanggahan, sila hubungi pengendali insurans/takaful.

 

11.  Berapakah jumlah premium/sumbangan yang perlu saya bayar?

Jumlah premium/sumbangan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada:

  1. Kapasiti enjin kenderaan.
  2. Asas jumlah diinsuranskan/diliputi, sama ada Nilai yang Dipersetujui atau Nilai Pasaran.
  3. Kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).
  4. Manfaat tambahan yang diminta.
  5. Keperluan penilaian risiko oleh pengendali insurans/takaful.

Anda boleh merujuk sebut harga yang diberikan untuk jumlah premium/sumbangan yang perlu dibayar.

 

 

12. What are the applicable government taxes that I have to pay/contribute?

Jenis

Jumlah

Duti Setem

RM10.00

Cukai Perkhidmatan

8% daripada jumlah premium/sumbangan.


13. Bolehkah saya membatalkan polisi/sijil saya?

 

Anda boleh membatalkan polisi/sijil pada bila-bila masa dengan menghubungi pengendali insurans/takaful. Selepas pembatalan, tertakluk kepada terma dan syarat polisi/sijil, anda berhak mendapat pemulangan pro-rata premium/sumbangan jika kenderaan anda telah dilindungi secara berterusan selama lebih daripada 12 bulan. Sebarang premium/sumbangan minimum yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. Pemulangan hanya dibenarkan jika tiada tuntutan dibuat semasa tempoh perlindungan semasa.

 

 

14.  Saya telah membeli insurans/takaful kereta dengan SPayLater dan ingin meminta pembatalan dan bayaran balik, adakah saya masih perlu membayar yuran pemprosesan SPayLater? 

 

Setelah polisi/sijil insurans/takaful berjaya dikeluarkan, sebarang permohonan pembatalan dan pemulangan tertakluk kepada semakan dan kelulusan oleh pengendali insurans/takaful secara kes demi kes.

Jika permohonan anda diluluskan, pengendali insurans/takaful akan memproses pemulangan kepada anda, dan anda boleh menggunakan dana tersebut untuk membayar bil SPayLater anda. Walau bagaimanapun, caj pemprosesan SPayLater akan tetap dikenakan sepenuhnya.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai SPayLater, sila rujuk pautan ini.

 

Was this article helpful?
Yes
No