Anda kini boleh menderma melalui ciri Produk Digital Shopee dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
1. Akses Aplikasi Shopee anda, dan klik pada 'Lihat lagi'. Kemudian, di halaman seterusnya, pergi ke ikon 'Prabayar, Bil & Tiket' dan pilih 'Derma' di bawah kategori Derma & Pembiayaan.
2. Masukkan jumlah yang ingin anda dermakan (jumlah minimum: RM1) dan pilih organisasi kebajikan yang ingin anda sumbangkan pada halaman utama Donation. Klik pada 'Teruskan' untuk meneruskan.
3. Di Shopee, anda boleh menderma sebagai:
Jika anda menderma untuk tujuan pengecualian cukai, sila semak laman web LHDN untuk status pengecualian cukai organisasi kebajikan bagi memastikan resit e-rasmi yang dikeluarkan oleh organisasi kebajikan berkenaan layak untuk pengecualian cukai.
Resit e-rasmi akan dikeluarkan oleh organisasi kebajikan dan dihantar ke alamat emel yang diberikan oleh pengguna.
Sentiasa semak butiran derma untuk memastikan semua maklumat adalah betul. Klik 'OK' untuk meneruskan pembayaran.
4. Pilih pilihan pembayaran anda: ShopeePay, kad kredit atau debit, pembayaran tunai di 7-Eleven, atau perbankan dalam talian. Pemindahan bank tidak boleh digunakan untuk membuat derma ini. Klik 'Bayar Sekarang' untuk meneruskan pembayaran. Klik 'Lihat Butiran Pesanan' untuk melihat butiran derma anda.
**Gunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih pantas.
5. Untuk mencari pengesahan derma anda dalam aplikasi, sila skrol ke bawah ke bahagian bawah halaman Butiran Pesanan. Klik pada pautan, dan pengesahan derma anda akan dimuat turun secara automatik.
*Sila ambil perhatian bahawa pengesahan derma ini tidak boleh digunakan untuk tujuan pengecualian cukai.*
* Terma dan Syarat Derma