Bahasa Malaysia | English
KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api ekspres yang menghubungkan Kuala Lumpur ke lapangan terbang, menyediakan perjalanan yang lancar dan selesa ke dan dari KLIA / KLIA 2.
Anda boleh membeli tiket KLIA Ekspres melalui ciri Produk Digital terbaru Shopee dengan menggunakan langkah mudah di bawah:
1) Menggunakan aplikasi Shopee anda, klik pada "Lihat lagi." Pada halaman seterusnya, pergi ke "Prabayar, Bil & Tiket" dan pilih "KLIA Ekspres" untuk membuka halaman tiket.
2) Setelah halaman tiket dibuka, klik pada “Beli Sekarang” untuk memilih jenis tiket anda. Klik “Pilih” pada perjalanan Satu Hala atau Pergi-Balik dari dua titik berlepas.
3) Masukkan bilangan penumpang untuk dewasa dan/atau kanak-kanak serta maklumat hubungan anda sebelum anda “Sahkan” pilihan anda. Anda kemudian boleh "Semak Keluar/Checkout" pembelian anda dan meneruskan pembayaran pesanan.
*Di bawah adalah pilihan pembayaran yang tersedia untuk memproses Tiket KLIA Ekspres.
4) Setelah anda membuat pembayaran, anda akan dapat melihat halaman "Butiran Pesanan" di mana anda boleh mendapatkan E-Tiket anda di aplikasi Shopee. Jika anda mengalami sebarang masalah di pintu, sila berjumpa dengan kakitangan KLIA Ekspres dengan nombor rujukan tempahan. Setiap E-Tiket mempunyai satu nombor rujukan tempahan unik. Anda boleh memeriksa nombor rujukan tempahan anda dalam E-Tiket email anda seperti dalam gambar di bawah.
* Anda juga akan menerima email untuk E-Tiket anda.
Pada masa ini, tambang KLIA Ekspres adalah seperti berikut:
Anda boleh menikmati kadar yang lebih murah jika anda membelinya dengan baucar, Syiling Shopee, atau semasa tempoh kempen/jualan mengejut kami. Periksalah sekarang!
Kanak-kanak di bawah 6 tahun boleh melancong secara percuma; anda boleh meminta tiket kanak-kanak percuma di mana-mana Kaunter Tiket KLIA.
*Akan ada maksimum 3 tiket kanak-kanak percuma bagi setiap tiket dewasa. Tiket kanak-kanak percuma akan dikeluarkan sebagai tiket sehala dan mesti dikumpul di Kaunter Tiket KLIA Ekspres setiap kali anda melancong.
*Perhatikan bahawa anda perlu memberikan bukti umur kanak-kanak anda jika mereka berumur kurang daripada 6 tahun (contohnya, MyKid, Pasport) dan tiket kanak-kanak percuma akan sah hanya selama 10 minit selepas dikeluarkan.
Di bawah adalah beberapa artikel berkaitan yang kami sediakan untuk anda; ini mungkin berguna jika anda menghadapi masalah seperti ini semasa proses pembelian E-Tiket anda.
1) [KLIA Ekspres] Bagaimana saya menggunakan tiket KLIA Ekspres yang telah dibeli?
2) [Produk Digital] Apakah Produk Digital (Prabayar, Bil & Tiket)?