Bahasa Malaysia | EnglishSebelum anda boleh membayar melalui ansuran, anda perlu menambahnya sebagai kaedah pembayaran di akaun Shopee anda. Anda boleh melakukannya di Aplikasi Shopee melalui langkah-langkah tersebut:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ikon Tetapan ⚙️
Langkah 3: Pilih Akaun Bank / Kad
Langkah 4: Klik pada +Ansuran Kad Kredit Baharu
Langkah 5: Isikan butiran kad kredit anda
Langkah 6: Klik pada Hantar
Anda akan diarahkan ke halaman bank/pembekal kad untuk pengesahan. Isikan Kata Laluan Sekali (OTP) yang dihantar ke nombor mudah alih anda apabila diminta dan Hantar. Apabila anda membuat pembayaran untuk produk yang layak, anda boleh memilih Ansuran Kad Kredit > pilih Pelan Ansuran pilihan anda > SAHKAN.⚠️Nota:- Penjual mempunyai pilihan untuk membolehkan pembayaran melalui Ansuran Kad Kredit di kedai mereka. Anda tidak akan dapat melihat atau memilih pilihan pembayaran Ansuran Kad Kredit jika penjual tidak menawarkan pilihan ini.
- Perbelanjaan minimum untuk layak menggunakan Ansuran Kad Kredit ialah RM500, dan ia berdasarkan nilai pembayaran akhir (selepas penolakan baucar diskaun), bukan berdasarkan nilai pesanan/item tunggal. (lebih lanjut di sini)
- Anda boleh membuat pesanan dari penjual yang berbeza dalam satu pembayaran (selagi penjual tersebut membolehkan pembayaran Ansuran Kad Kredit di kedai mereka).
- Pembayaran secara ansuran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Shopee serta bank/pembekal kad.
Setelah pembayaran berjaya, anda akan diarahkan ke halaman Untuk Dihantar.