1. Apakah pengesahan identiti (e-KYC) dan apa yang perlu saya lakukan?
Untuk memastikan platform lebih selamat, kami memerlukan pengguna untuk mengesahkan identiti mereka melalui proses e-KYC (Electronic Know Your Customer).
Untuk berbuat demikian, sila sediakan dokumen pengenalan anda (NRIC untuk warganegara Malaysia dan Pasport untuk bukan warganegara Malaysia) dan pastikan anda berada di tempat yang terang untuk menangkap identiti dengan lebih jelas.
2. Bagaimanakah saya tahu jika pengesahan identiti saya berjaya?
Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi. Kami juga akan menghantar notifikasi setelah permohonan anda berjaya disahkan, oleh itu pastikan notifikasi anda diaktifkan.
3. Mengapakah permohonan saya ditunjukkan sebagai 'Tertunda'?
Pengesahan identiti melalui e-KYC biasanya memberikan hasil segera. Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu kami memerlukan lebih masa untuk memproses permohonan, tetapi ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.
4. Apakah yang saya perlu lakukan jika pengesahan identiti saya tidak berjaya?
Jika pengesahan identiti anda tidak berjaya, anda boleh mengemukakan semula permohonan anda selepas menerima notifikasi kegagalan pengesahan.
5. Apakah sebab-sebab kegagalan pengesahan identiti?
Jika pengesahan anda gagal, ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab:
(i) Dokumen pengenalan tidak jelas atau tidak dapat dikenali. Pastikan anda menggunakan salinan dokumen yang betul dan asli, anda berada di tempat yang terang, dan tiada apa yang menghalang dokumen pengenalan anda.
(ii) Pengecaman wajah tidak dapat dikenali atau terhalang. Pastikan tiada apa yang menghalang wajah anda semasa melakukan pemeriksaan liveness dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.
6. Bagaimanakah cara untuk mengesahkan identiti saya?
Pengguna yang belum mengaktifkan/menetapkan dompet ShopeePay
Untuk mengaktifkan Dompet ShopeePay anda, sila ikuti langkah-langkah tersebut:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada ShopeePay
Langkah 3: Klik pada Tetapkan Dompet ShopeePay
Pengguna dompet ShopeePay asas yang belum mengesahkan akaun
Langkah 1: Di halaman Saya dalam Aplikasi Shopee, klik pada ShopeePayLangkah 2: Klik pada Saya
Langkah 3: Klik pada Tetapan
Langkah 4: Klik pada Pengesahan Identiti untuk melihat sama ada akaun anda telah berjaya disahkan
Langkah 5: Akaun anda telah berjaya disahkan
7. Bolehkah saya meneruskan dari tempat saya berhenti jika terputus di tengah jalan kerana keadaan yang tidak dijangka?
Jika anda terputus di tengah jalan, anda tidak akan dapat meneruskan dari tempat yang anda berhenti. Anda perlu memulakan semula keseluruhan proses. Sila sediakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk menyelesaikan keseluruhan proses dan pastikan anda mempunyai dokumen pengenalan diri anda.
8. Mengesahkan identiti anda akan membolehkan anda mengakses fungsi tambahan ShopeePay seperti berikut:
Jenis Akaun | Asas | Premium |
Had dompet (MYR) | 2,999 | 9,999 |
Had transaksi harian (MYR) | 2,999 | 9,999 |
Had transaksi bulanan (MYR) | 4,999 | 20,000 |
Had transaksi tahunan (MYR) | 59,999 | 120,000 |
⚠️ Nota:
- Mulai 24 Februari 2025, pengguna baharu yang mengesahkan akaun ShopeePay mereka hanya akan diberikan akses kepada akaun premium.
9. Apakah jenis ID yang diterima?
Pada masa ini, kami hanya menerima MyKad dan Pasport, dengan sokongan akan datang untuk MyPR, MyTentera, dan UNHCR. Tiada jenis kad pengenalan lain yang akan diterima.
10. Apa yang perlu saya isi dalam ruangan Nama Pertama (First Name) dan Nama Akhir (Last Name)?
Jika ruangan Nama Pertama dan Nama Akhir kosong, sila isikan mengikut format penamaan berikut:
Name type | How to fill | Example |
Nama dengan “bin”, “binti”, “a/l”, “a/p” | Nama Pertama: Semua nama sebelum "bin", "binti", "a/l", atau "a/p"
Nama Akhir: Semua nama termasuk perkataan tersebut | Nama Penuh: Ahmad bin Ali Nama Pertama: Ahmad Nama Akhir: bin Ali
Nama Penuh: Siti Mimi Binti Tarudin Nama Pertama: Siti Mimi Nama Akhir: Binti Tarudin
Nama Penuh: Praveena A/P Suresh Nama Pertama: Praveena Nama Akhir: A/P Suresh |
Nama tanpa “bin”, “binti”, “a/l”, “a/p” | Nama Pertama: Perkataan pertama (biasanya nama diberi)
Nama Akhir: Baki nama yang lain | Nama Penuh: Kristin Cheng Shu Jang Nama Pertama: Kristin Nama Akhir: Cheng Shu Jang
Nama Penuh: Kavitha Muniandy Nama Pertama: Kavitha Nama Akhir: Muniandy
Nama Penuh: Thomas Logan Holmes Nama Pertama: Thomas Nama Akhir: Logan Holmes |
Nama Tunggal | Masukkan nama yang sama pada kedua-dua ruangan Nama Pertama dan Nama Akhir | Nama Penuh: Mia Nama Pertama: Mia Nama Akhir: Mia |
11. Mengapa saya menerima mesej ralat yang memaklumkan bahawa nombor IC saya sudah dipautkan kepada akaun ShopeePay yang telah disahkan?
Sekiranya anda menerima mesej ralat ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk bantuan lanjut.