Hi, how can we help?

Shop with Shopee

Additional Service
New to Shopee
Products on Shopee
User Interaction
Checkout
Shopee Mall
Discovery

[Produk Digital] Bolehkah saya menggunakan baucar atau Shopee Coins untuk menolak pembayaran bil saya?

Bahasa Malaysia | English

Ya, anda kini boleh menggunakan Baucar dan Shopee Coins untuk menolak pembayaran bagi '
Tiket Prabayar & Bil,' membantu anda berjimat lebih untuk bil utiliti dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

 

1. Akses aplikasi Shopee anda, ketik "Lihat Lagi" di halaman utama. Di halaman seterusnya, klik 'Prabayar, Tiket & Bil' dan pilih "Internet & Panggilan".

 

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy.gif

 

2. Masukkan nombor akaun dan jumlah yang perlu dibayar. Mesej ralat akan muncul jika nombor akaun tidak sah, contohnya, format salah atau nombor akaun tidak wujud.

 

 

3. Untuk menuntut baucar anda, klik butang 'Tuntut baucar anda di sini'. Anda akan dapat melihat baucar yang tersedia. Pilih baucar yang ingin digunakan dan klik 'Tuntut' untuk menggunakan baucar tersebut pada halaman pembayaran.

 

 

4. Setelah anda berjaya menuntut baucar, klik 'Pembayaran/Checkout' dan sahkan bahawa semua maklumat yang anda masukkan adalah betul. Klik 'Teruskan' untuk meneruskan.

 

 

 

5. Pada halaman Pembayaran, pilih ShopeePay sebagai pilihan pembayaran terpantas! Anda juga boleh membayar menggunakan Kad Kredit atau Debit, Pembayaran Tunai di 7-Eleven, atau Perbankan Online.

 

 

6. Untuk menggunakan baucar yang dituntut, ketik pada 'Masukkan Kod Baucar,' kemudian pilih baucar diskaun seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik 'Ok' untuk meneruskan dan baucar anda akan diaplikasikan pada halaman Pembayaran.

 

 

7. Kod baucar anda kini telah diaplikasikan dan diskaun ditunjukkan pada halaman Pembayaran. Untuk menebus dan menggunakan Shopee Coins anda, ketik butang 'Tebus Syiling'. Klik 'Bayar Sekarang' untuk meneruskan pembayaran. Jika anda memilih ShopeePay sebagai pilihan pembayaran, masukkan PIN ShopeePay anda untuk meneruskan pembayaran.

 

 

8. Setelah pembayaran anda berjaya, anda boleh menyemak ringkasan butiran pesanan dan status pesanan dengan mengklik 'Lihat Butiran Pesanan'. Sila tunggu satu hari untuk pesanan anda dipenuhi.

 

 

9. Setelah pembayaran anda diproses dan tercatat pada penyata bil, klik butang 'Pesanan Diterima' untuk mendapatkan E-resit Shopee anda.

 

 

 

 

Untuk memahami cara menggunakan Shopee Coins untuk menolak pembayaran, sila rujuk artikel "Bagaimana cara untuk menggunakan Shopee Coins saya?".

Untuk memahami cara menggunakan baucar untuk menolak pembayaran, sila rujuk artikel "Apakah Baucar dan Kod Promo? Di mana saya boleh mendapatkannya?".

 

Ada soalan lain? Hubungi kami melalui saluran di bawah, dan kami akan sedia membantu! 

Was this article helpful?
Yes
No