Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Bagaimanakah cara untuk membuat pesanan di ShopeeFood?

 

Bahasa Malaysia | English

Anda boleh memesan makanan dengan mudah melalui ShopeeFood dengan beberapa langkah sahaja. Berikut adalah beberapa langkah untuk membuat pesanan:

 

1. Klik ikon ShopeeFood pada halaman utama Aplikasi Shopee.

 

image.png

 

2. Cari atau pilih Restoran atau Makanan yang anda mahu dalam ruang carian. Klik restoran yang anda ingin membuat pesanan dan pilih makanan yang ingin anda pesan.

 

image.png

 

3. 3. Klik + pada menu yang anda ingin pesan, pilih dan tandakan pelbagai makanan yang anda inginkan dan makanan tersebut akan dimasukkan ke dalam Troli. Klik Semak Keluar.

 

image.png

 

4. Pastikan Alamat dan lokasi titik pin anda pada peta adalah tepat. Anda perlu memasukkan Nombor Telefon yang sah untuk Rakan Penghantar menghubungi anda semasa penghantaran.

 

image.png

 

5. Pilih kaedah pembayaran yang ingin anda gunakan, klik Baucar jika anda ingin menggunakan baucar untuk pesanan ini.

 

image.png

 

6. Klik Buat Pesanan dan ShopeeFood akan mencari rakan penghantar terdekat.

 

image.png

 

7. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja rakan penghantar tiba di restoran untuk mengambil pesanan anda. Setelah pesanan anda diambil, anda akan dapat melihat pergerakan Rakan Penghantar sehingga pesanan berjaya dihantar kepada anda.

 

 

image.png

 

Nota:

  1. Anda boleh memantau status pesanan anda melalui aplikasi anda. Dari masa Rakan Penghantar tiba di restoran, mengambil makanan sehingga Rakan Penghantar tiba di lokasi anda.
  2. Klik ikon ‘Chat’ atau Panggilan untuk berkomunikasi dengan Rakan Penghantar.
  3. Sila elakkan berbual atau menghubungi Rakan Penghantar ketika mereka dalam perjalanan.
  4. Rakan Penghantar akan menghantar pesanan mengikut alamat yang anda masukkan. Pastikan anda bersedia menerima pesanan. Setelah pesanan anda tiba, anda boleh melihat Butiran Pesanan anda.
  5. Anda boleh menukar pesanan anda sebelum anda klik 'Place Order'. Sebaik sahaja pesanan dibuat, anda tidak akan dapat menukar butiran pesanan anda.
  6. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui Laman Sembang ShopeeFood atau sebaliknya, anda boleh mengisi borang di SINI.
Was this article helpful?
Yes
No