Bahasa Malaysia | English Apakah Penghantaran 2 Hari?Saluran Penghantaran 2 Hari adalah pilihan penghantaran yang menjamin pesanan tiba dalam tempoh 2 hari bekerja.Buat pesanan dan pembayaran sebelum jam 2:00 PM, dan anda akan menerima pesanan dalam dua hari bekerja! Sebagai contoh, buat pesanan sebelum jam 2:00 PM pada hari Isnin, dan anda akan menerimanya pada hari Rabu. Jika anda terlepas masa tersebut, anda masih akan menerima pesanan pada hari Khamis.Anda boleh mencari pilihan Penghantaran 2 Hari dengan langkah-langkah tersebut melalui saringan carian kami:

Langkah 1: Klik pada butang SaringanLangkah 2: Klik pada Paparkan Lagi di bawah Pilihan PenghantaranLangkah 3: Pilih Penghantaran 2 HariLangkah 4: Klik pada GunakanLangkah 5: Lihat pilihan berdasarkan saringan ⚠️ Nota:- Penghantaran 2 Hari hanya tersedia untuk penjual terpilih dan di Semenanjung Malaysia.
- Penghantaran 2 Hari hanya terpakai untuk pesanan yang dibuat pada hari bekerja. Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
- Produk layak untuk Penghantaran 2 Hari akan muncul semasa daftar keluar, jika tidak, produk atau alamat anda mungkin tidak layak.
Untuk pilihan Penghantaran 2 hari, sila ambil perhatian bahawa had berat dan dimensi untuk pesanan adalah seperti berikut:
- Berat Maksimum: 30 kg
- Dimensi Maksimum: 125 cm (Panjang) x 125 cm (Lebar) x 125 cm (Tinggi)
💡 Tip:
Jika anda tidak menerima pesanan Penghantaran 2 Hari pada hari penghantaran yang dijangka, anda boleh menuntut baucar pampasan di Halaman Butiran Pesanan.